Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ujian Menggunakan Aplikasi GPS Bakal Diberikan Kepada Pemohon Lesen Memandu Di UK

Penggunaan sistem seperti Garmin, Google Maps dan Waze adalah perlu sekiranya anda memandu di kota besar seperti Kuala Lumpur. Ini adalah bagi memastikan anda tidak akan terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Malang sekali sistem GPS juga boleh mengakibatkan kemalangan kerana pemandu terganggu dengan paparan peta atau gagal mematuhi arahan dengan tepat.

Google Maps Navigation

Di United Kingdom ujian menggunakan sistem GPS akan diberikan kepada Pemohon Lesen Memandu bermula 4 Disember ini. Jumlah pengguna yang memandu sambil menggunakan GPS di UK adalah melebihi 50% tahun lalu. Bagi menguji kepakaran memandu menggunakan GPS, ujian selama 20 minit sambil mendengar arahan yang diberikan akan diberikan.

Selain daripada itu ujian meletakkan kereta di tempat letak kereta awam juga akan diberikan. Ujian melakukan pusingan tiga penjuru dan memandu ke belakang di selekoh pula dimansuhkan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Ujian Menggunakan Aplikasi GPS Bakal Diberikan Kepada Pemohon Lesen Memandu Di UK

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×