Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Airbus Mengumumkan Projek E-Fan X – Pesawat Kecil Berkuasa Elekrtik

Pada tahun 2014 Airbus berjaya menguji pesawat E-Fan 1.0. Pesawat ini unik kerana ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. E-Fan 1.0 berjaya merentasi Selat Inggeris dan diperkasakan oleh dua enjin elektrik dengan kuasa 30 kW. Pada awalnya Airbus bercadang menjual E-Fan yang mampu membawa penumpang ini menjelang 2017. Menyedari perkembangan teknologi enjin elektrik yang semakin pantas, projek E-Fan dibubarkan dan digantikan pula dengan E-Fan X.

E-Fan X ialah pesawat yang lebih besar dan diperkasakan oleh dua Enjin Elektrik Berkuasa 2 MW yang mensasarkan produksi dalam masa dua tahun. E-Fan X akan menjadi baju loncatan kepada pembangunan pesawat penumpang komersial elektrik sepenuhnya.

Untuk menjadikan ini realiti, sebuah enjin elektrik berkuasa di antara 20-40 MW perlu dihasilkan terlebih dahulu. Dengan penggunaan enjin elektrik, Airbus berharap pencemaran udara dan bunyi yang dihasilkan oleh enjin jet sedia ada dapat dihapuskan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Airbus Mengumumkan Projek E-Fan X – Pesawat Kecil Berkuasa Elekrtik

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×