Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Anda Sudah Boleh Dapatkan Permainan Asal StarCraft Secara Percuma

Blizzard sebelum ini telah mengumumkan mereka akan menawarkan Permainan asal Starcraft Secara Percuma kepada semua, dan kini ia telah sedia untuk dimuat-turun oleh semua pengguna seluruh dunia.

Berbeza dengan kebanyakkan permainan pada hari ini, StarCraft ditawarkan secara percuma sepenuhnya. Pengguna hanya perlu mendaftar akaun sekiranya ingin memainkan ia secara atas-talian, tetapi bebas untuk memainkannya tanpa akaun untuk versi permainan perseorangan.

StarCraft merupakan salah satu permainan berbentuk strategi yang sangat popular pada dekad lepas. Dengan populariti arena e-sukan akhir-akhir ini, pihak Blizzard tampaknya ingin menghidupkan Kembali Permainan Klasik berkenaan.

Mungkin ini salah satu kaedah untuk menarik lebih ramai memainkan kembali permainan klasik ini, dan secara tidak langsung mungkin membeli StarCraft Remastered dengan sokongan 4K apabila ia dilancarkan kelak.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun fail pembangunan akhirnya daripada forum dan memainkannya pada komputer Windows 7 dan terkini. Fail muat-turun permainan ini bersaiz sekitar 1.5GB. Buat masa ini, versi percubaan ini terhad kepada pelayan di California sahaja – yang mana mungkin memperlihatkan lengah masa sekiranya dimainkan dari Malaysia. Bagi anda dengan sambungan terhad, kami nasihatkan nantikan sekitar sehingga penghujung minggu untuk muat-turunnya, dimana versi stabil akhir dijangka ditawarkan kepada pengguna.

Layari dan muat-turun StarCraft



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Anda Sudah Boleh Dapatkan Permainan Asal StarCraft Secara Percuma

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×