Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sony Memfailkan Paten Sistem Dua Peranti Pintar Mengecas Sesama Sendiri Secara Tanpa Wayar

Sistem Pengecasan Tanpa Wayar kami senaraikan sebagai fungsi perlu wujud pada peranti-peranti utama yang dilancarkan sepanjang 2017. Tiada alasan lagi bagi pengeluar untuk tidak menyertakannya pada peranti yang dijual pada harga premium. Ura-ura kedengaran Apple akhirnya akan menyokong sistem ini pada “iPhone 8” kelak.

Sony tidak pernah menyokong Sistem Pengecasan Tanpa wayar pada peranti mereka secara terbina. Pengguna perlu membeli kerangka khas untuk mendapatkan fungsi ini. Jadi sedikit aneh apabila mereka mempatenkan sistem pengecasan tanpa wayar yang membolehkan sebuah peranti mengecas sebuah lagi peranti secara tanpa wayar. Sistem “powerbank tanpa wayar” ini menggunakan teknologi NFC sedia ada.

Di dalam paten yang sama turut diterangkan sistem ini hanya boleh diaktifkan sekiranya peranti yang dijadikan pengecas perlu disambungkan kepada palam elektrik. Teknologi ini turut boleh digunakan pada peralatan elektrik lain seperti televisyen, peti sejuk, komputer dan sistem audio.

Kewujudan paten tidak bermaksud ia akan dihasilkan oleh Sony. Tetapi sekiranya ia dihasilkan di masa hadapan kesemua alat elekrtik boleh menjadi pengecas sekaligus membuatkan kita tidak lagi memerlukan pengecas berwayar sedia ada.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sony Memfailkan Paten Sistem Dua Peranti Pintar Mengecas Sesama Sendiri Secara Tanpa Wayar

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×