Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kini Anda Boleh Menjenguk Ke Dalam Gunung Berapi Terus Pada Google Street View

Google Street View merupakan lanjutan kepada Google Maps, membolehkan anda melihat dan melawat pelbagai tempat di Malaysia dan seluruh dunia dengan hanya melayari pada skrin komputer ataupun peranti pintar – dan juga sambungan kepada Internet.

Terkini, Google telah bekerjasama bersama dua orang penjelajah, dan menghantar mereka bersama-sama dengan sebuah kamera Street View ke pulau bernama Ambrym di negara Vanuatu untuk merakam pemandangan pulau tersebut. Pada masa yang sama, rakaman turut dilakukan ketika menuruni kawah Gunung Berapi Marum untuk memberikan pengguna-pengguna Street View pandangan ke dalam kawah tersebut.

Jika anda bertanya kenapa Google merakam pemandangan Kawah Gunung Berapi tersebut, ini adalah kerana untuk pergi ke Vanuatu, ataupun pulau Ambrym tersebut bukanlah suatu perkara yang mudah. Bukan sahaja kepulauan tersebut terletak 1600km daripada kepulauan utama Australia, gunung berapi Marum yang terletak pada pulau tersebut juga merupakan sebuah gunung berapi aktif yang boleh meletus pada bila-bila masa sahaja.

Google Street View: Marum Volcano



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kini Anda Boleh Menjenguk Ke Dalam Gunung Berapi Terus Pada Google Street View

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×