Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

iFlix Menerima Suntikan Dana Berjumlah Sekitar RM400 Juta

Menjadi kebiasaan untuk sesuatu startup menerima suntikan dana dalam membolehkan ia memperluaskan perkhidmatan dengan lebih pantas. Terkini, salah satu syarikat penstriman video yang dimulakan di Malaysia, iaitu iFlix telah menerima suntikan dana berjumlah $90 juta (~RM400 juta) daripada beberapa pelabur.

iFlix telah menerima suntikan dana daripada beberapa syarikat, termasuk Liberty Global – syarikat penyedia perkhidmatan internet terbesar di luar Amerika Syarikat dan juga daripada Zain – iaitu penyedia perkhidmatan mudah-alih di rantau Asia Tengah dan juga Afrika. Selain daripada itu, pelabur sedia ada seperti Sky, Catcha dan EMC turut menyertai pelaburan ini.

iFlix yang telah dimulakan pada bulan Mei 2015 lepas, kini beroperasi di beberapa buah negara, termasuk Malaysia, Thailand, Filipina, Brunei, Indonesia, Sri Lanka, Vietnam, Pakistan, dan juga Maldives.

iFlix menawarkan pelbagai rancangan televisyen dan juga filem – dan pada masa yang sama lebih mengoptimasikan kandungan untuk pengguna tempatan sesebuah negara berbanding Netflix yang lebih bersifat global.

iFlix juga menggunakan strategi untuk bekerjasama dengan penyedia telekomunikasi dalam Menawarkan Perkhidmatan Mereka – sekaligus memudahkan proses pembayaran dan sebagainya.

Di Malaysia sendiri, mereka menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma kepada pelanggan Streamyx dan Unifi hasil kerjasama dengan pihak Telekom Malaysia.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

iFlix Menerima Suntikan Dana Berjumlah Sekitar RM400 Juta

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×