Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Monitor Quantum Dot Terbaru Dengan Skrin Melengkung Daripada Samsung Akan Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Samsung merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam pengeluaran panel skrin – daripada untuk telefon pintar hinggalah kepada televisyen. Mereka juga menghasilkan beberapa Monitor yang menarik bukan sahaja untuk pengguna yang inginkan monitor untuk permainan, tetapi juga untuk pengguna perusahaan dan di rumah.

Terkini, selepas memperkenalkan monitor Samsung CH711 pada CES 2017 yang lepas, pihak Samsung berkongsi mengatakan monitor berkenaan bakal hadir ke pasaran tempatan sekitar suku kedua 2017 ini. Pengenalan Monitor Baru Ini dijangka dilakukan bersama-sama pengenalan televisyen pintar terbaru Samsung dengan panel QLED.

Monitor baru ini hadir dengan rekaan skrin melengkung dan menggunakan panel Quantum Dot. Ia menawarkan resolusi pada 2560×1440 pixel, selain liputan warna RGB 125%. Ia juga turut menyertakan sokongan AMD FreeSync bersama-sama dengannya.

Pihak Samsung masih tidak mengumumkan harga jualannya buat masa ini, dan dijangka melakukannya ketika pengenalan monitor ini secara rasminya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Monitor Quantum Dot Terbaru Dengan Skrin Melengkung Daripada Samsung Akan Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×