Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lenovo ThinkPad X1 Tablet Diumumkan Dengan Aksesori Projektor Mini

Aksesori Moto Mods paling menarik untuk Lenovo Moto Z pada hemat kami ialah Moto Insta Share Projektor. Walaupun bersaiz kecil ia Mampu Memancarkan Imej bersaiz 60″ dengan terang. Sistem projektor mini kini turut disertakan pada tablet Windows 10 terbaru mereka Lenovo ThinkPad X1 Tablet. Ia dilengkapi skrin 12″ QHD, pemproses Intel Core i7 terkini, RAM sehingga 16 Gigabyte dan storan 1 TB SSD.

Kamera belakang sebesar 8-Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 2-Megapixel. Papan kekunci ThinkPad yang boleh ditanggalkan disertakan lengkap dengan tombol merah yang menggantikan tetikus. Apabil disambung kepada tablet, papan kekunci ini juga berfungsi sebagai tetongkat lengkap dengan ouput HDMI. Aksesori tambahan berbentuk projektor mini turut boleh dipasang dan mampu memancarkan imej dengan saiz maksimum 60″. Lenovo Thinkpad X1 Tablet akan dijual Mac hadapan pada harga $949 (~RM 4270) sebuah.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Lenovo ThinkPad X1 Tablet Diumumkan Dengan Aksesori Projektor Mini

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×