Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Foxconn Merancang Untuk Mengautomasikan Pengeluaran Hampir Sepenuhnya Menggunakan Robot

Foxconn merupakan salah satu pengeluar peranti terbesar di dunia, dan popular disebabkan mereka juga adalah pengeluar untuk Apple. Terkini, laporan baru hadir daripada DigiTimes, memetik pengurus Foxcoon, mengatakan syarikat berkenaan kini dalam tiga fasa untuk mengautomasikan pengeluaran sepenuhnya.

Tiga fasa berkenaan terbahagi kepada pengeluaran produk yang sukar dan membahayakan, selain tugasan berulang Menggunakan Robot; menambah kadar keefisyenan pengeluaran menggunakan robot, dan akhir sekali merancang untuk mengautomasikan kilan Foxconn sepenuhnya dengan tenaga kerja manusia yang sangat minima.

Untuk tujuan berkenaan, syarikat berkenaan menggunakan robot yang dihasilkan sendiri – dipanggil sebagai Foxbot. Buat masa ini, Foxconn boleh mengeluarkan sekitar 10,000 Foxbot setiap tahun untuk digunakan sebagai pengganti pekerja manusia di kilang berkenaan.

Penggantian ini semestinya akan mengurangkan tenaga kerja manusia di kilang berkenaan, tetapi pada masa yang sama mungkin akan mengurangkan kos pengeluaran dan juga kualiti pengeluaran mungkin lebih mudah untuk dikawal.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Foxconn Merancang Untuk Mengautomasikan Pengeluaran Hampir Sepenuhnya Menggunakan Robot

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×