Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kerugian Uber Mungkin Mencapai RM13 Bilion Menjelang Penghujung Tahun

Walaupun Uber Technologies telah keluar daripada China, Kerugian kewangan syarikat berkenaan masih mengejutkan ramai. Dalam tempoh 9 bulan pertama untuk tahun ini, syarikat berkenaan diperkatakan telah kerugian sekitar lebih $2.2 Bilion (~RM9.84 bilion). Pada suku ketiga sahaja, Uber telah kerugian lebih daripada $800 juta, tidak termasuk operasi di China.

Pada masa yang sama, pendapatan syarikat berkenaan telah terus meningkat, walaupun telah meninggalkan negara dengan penduduk yang tinggi – China. Uber diperkatakan telah menjana sekitar $3.76 (~RM16.82) bilion dalam pendapatan bersih untuk sembilan bulan pertama 2016 ini, dan dijangka melangkaui $5.5 bilion (~RM24.6 bilion) untuk tahun ini.

Uber, syarikat persendirian yang beroperasi di San Francisco, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan prestasi kewangan syarikat mereka – walaupun syarikat mereka dinilaikan sekitar $69 bilion (~RM308.74 bilion).

Pada tahun lepas, Uber dikatakan telah kerugian sekurang-kurangnya $2 bilion (~RM8.95 bilion), dan untuk tahun ini kerugian dijangka mencapai sekurang-kurangnya $3 bilion (~RM13.4 bilion). Angka yang dikongsikan dikatakan adalah anggaran, dan tidak menyertakan cukai dan sebagainya.

Uber turut diperkatakan kerugian duit di negara asal mereka, Amerika Syarikat. Selain Uber, Lyft juga turut mengalami kerugian di Amerika Syarikat, tetapi menjanjikan pelabur mereka, Lyft akan mengekalkan kadar kerugian dibawah angka $150 juta (~RM671 juta) setiap suku tahun.

*kadar tukaran mata wang USD$1 = RM4.47



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kerugian Uber Mungkin Mencapai RM13 Bilion Menjelang Penghujung Tahun

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×