Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Aplikasi Google Di Android Kini Membahagikan Berita Dan Agenda Akan Datang Melalui Tab Khusus

Google melalui aplikasi carian Google – atau turut dipanggil sesetengah pengguna sebagai Google Now, hari ini telah membuat sedikit perubahan dan membahagikan penawaran informasi kepada dua bahagian. Kini, melaluinya, Google memaparkan senarai topik semasa pada tab utama yang merangkumi pelbagai berita dan artikel untuk dibaca anda, sementara tab lagi satu menawarkan informasi untuk perkara akan datang seperti kalendar dan sebagainya.

Ini mungkin sebagai mengatasi masalah pelbagai informasi yang dipaparkan pada halaman sama – menjadikan pengguna mungkin rimas dengannya.

Kini, apabila anda membuka aplikasi Google berkenaan, anda akan dipaparkan dengan pelbagai perkara yang sedang berlaku sekitar anda seperti berita semasa, skor sukan, cuaca dan sebagainya. Sementara tab kedua pula akan memaparkan informasi seperti agenda di kalendar, perancangan perjalanan dan sebagainya.

Kemaskini ini sudah boleh diakses pengguna Android bermula hari ini, dan ia akan datang untuk pengguna iOS. Bagi pengguna Android, anda boleh mengaksesnya dengan menekan butang Home untuk seketika dan ia akan memaparkan halaman tab ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Aplikasi Google Di Android Kini Membahagikan Berita Dan Agenda Akan Datang Melalui Tab Khusus

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×