Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tiada Perancangan Untuk Jam Tangan Pintar Baru Daripada Lenovo Moto Buat Masa Ini

Motorola sebelum ini telah hadir dengan Jam Tangan Pintar Moto 360 berasaskan kepada Android Wear, dan mencuri perhatian ramai. Namun, kini Lenovo Moto mengesahkan mereka tidak akan hadir dengan jam tangan pintar baru buat masa ini.

Lenovo Moto mengambil langkah ini kerana permintaan pasaran untuk jam tangan pintar masih tidak begitu tinggi buat masa ini. Perkara ini membuatkan mereka tidak begitu tertarik untuk hadir dengan jam tangan pintar baru setiap tahun.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, Lenovo Moto akan melihat kembali kepada perancangan ini pada masa hadapan.

Perkara ini juga secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada platform Android Wear – dimana kebanyakkan pengeluar tidak hadir dengan jam tangan pintar baru berasaskan Android Wear 2.0 pada tahun in.

Buat masa ini, ramai pengguna masih tidak begitu berminat dengan jam tangan pintar – antaranya disebabkan oleh bateri dan juga harganya yang agak tinggi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Tiada Perancangan Untuk Jam Tangan Pintar Baru Daripada Lenovo Moto Buat Masa Ini

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×