Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Persatuan Pengguna China Menyiasat Masalah iPhone 6S dan 6 Terpadam Secara Tiba-Tiba

Produk Apple dijual dengan pengiklanan menekankan aspek ianya paling boleh diandalkan. Ia akan sentiasa berfungsi dengan baik walaupun selepas beberapa tahun dimiliki. Dengan penekanan ini mereka boleh meletakkan harga yang premium pada kesemua produk yang dihasilkan. Reuters melaporkan Persatuan Pengguna China sedang menyiasat masalah yang melanda pemilik iPhone 6 di negara mereka.

Apple iPhone 6STerdapat sejumlah pengguna iPhone 6S dan 6 merungut peranti terpadam secara tiba-tiba ketika digunakan sungguhpun bateri masih mempunyai caj melebihi 50%. Selepas terpadam peranti tidak boleh dihidupkan semula sehinggalah ia dipasang kepada palam pengecas. Masalah ini sama seperti yang melanda Microsoft Surface Pro 3 beberapa bulan yang lalu. Pihak Apple masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai masalah bateri buat masa ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Persatuan Pengguna China Menyiasat Masalah iPhone 6S dan 6 Terpadam Secara Tiba-Tiba

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×