Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

OnePlus Tiada Perancangan Menghentikan Penjualan OnePlus 3 Buat Masa Ini

OnePlus 3T dilancarkan semalam dan seperti yang dijangka ia adalah sebuah Oneplus 3 yang diberikan kemas kini spesifikasi. Ia dilengkapi pemproses lebih berkuasa Snapdragon 821, kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri lebih besar 3400 mAh. Dengan pengenalan model baru ini terdapat ura-ura OnePlus akan menghentikan penjualan OnePlus 3.

Kepada yang masih mahu membeli OnePlus 3 anda tidak perlu risau. Pihak OnePlus menegaskan mereka tidak mempunyai perancangan untuk menghentikan penjualannya Buat Masa Ini. Sungguhpun begitu bilakah stock terkini akan boleh dibeli oleh pengguna tidak pula diumumkan. Harga jualan juga nampaknya tidak akan dikurangkan selepas model baru diperkenalkan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

OnePlus Tiada Perancangan Menghentikan Penjualan OnePlus 3 Buat Masa Ini

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×