Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Grafik MAFIA III Untuk PC Dihadkan Ke 30 FPS Buat Masa Ini

Mafia III mula dijual Hari Ini. Penantian selama enam tahun untuk kesinambungan kepada Mafia II akhirnya berakhir. Bagi pengguna PC, versi pada platform pilihan mereka ini selalunya mempunyai tetapan lebih tinggi berbanding konsol. Berita kurang menyenangkan hari ini ialah pada PC, pihak 2K menghadkan grafik kepada 30 FPS buat masa ini.

Ini pastinya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengguna yang memiliki PC dengan pemproses dan kad grafik terkini. Pihak 2K walau bagaimanapun menegaskan pihak mereka akan mengeluarkan patch pada hujung minggu ini bagi memberikan tetapan kelajuan 30, 60 dan tanpa had untuk FPS pada PC pengguna. Sudahkah anda bersedia untuk ke New Bordeux?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Grafik MAFIA III Untuk PC Dihadkan Ke 30 FPS Buat Masa Ini

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×