Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kemas Kini Android Nougat Mendatangkan Masalah Kepada Sebilangan Pengguna Nexus 5X

Kemas kini sepatutnya membuatkan peranti lebih selamat dan memberikan fungsi-fungsi baru. Tetapi bagi sebilangan pengguna Google Nexus 5X, lain pula berlaku. Mereka melaporkan peranti kini tersekat dengan masalah boot loop selepas melakukan kemas kini Nougat secara OTA. Melakukan tetapan semula peranti dan memasang semula sistem operasi secara manual gagal menyelesaikan masalah ini.

Google sudah menyedari akan kewujudan masalah serius ini. Mereka menegaskan masalah yang berlaku berkait rapat dengan kerosakan perkakasan dan bukannya perisian. Kepada yang terjejas mereka perlu menghantar peranti ke pusat servis berhampiran untuk menyelesaikan masalah ini. Sejak kebelakangan ini masalah seperti ini semakin kerap berlaku Selepas Kemas Kini perisian diberikan. Secara peribadi perkara paling biasa kami alami ialah penggunaan bateri yang bertambah selepas kemas kini. Anda pula bagaimana? Apakah masalah paling kronik pernah anda hadapi selepas melakukan kemas kini?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kemas Kini Android Nougat Mendatangkan Masalah Kepada Sebilangan Pengguna Nexus 5X

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×