Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple iOS 10 Sedia Untuk Dimuat-Turun Pengguna iPhone, iPad Dan iPod Touch

iOS merupakan sistem operasi yang digunakan oleh Apple untuk menjana peranti mudah-alih mereka, iaitu iPhone, iPad dan juga iPod Touch. Terkini, hari ini seperti dijanjikan oleh Apple, mereka telah mula memperkenalkan kemaskini iOS 10 untuk semua pengguna peranti Apple.

Apple iOS 10 menawarkan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk antaranya adalah pengenalan integrasi kedai aplikasi khusus untuk iMessage yang menambah beberapa ciri-ciri termasuk aplikasi dan permainan, integrasi aplikasi pihak ketiga dalam Siri, Apple Photos yang kini hadir dengan pembelajaran mesin, paparan skrin kunci baru dengan pelbagai notifikasi, sokongan mengaktifkan skrin dengan hanya mengangkat telefon, dan pelbagai ciri-ciri baru yang lain.

Bagi anda yang menggunakan iPhone 5 dan terkini, iPad Mini 2 dan terkini, iPad 4, iPad Air dan terkini, iPad Pro, Dan Ipod Touch 6, anda sudah boleh memulakan proses naik-taraf ke iOS 10 bermula daripada hari ini.

Baca : Apa Yang Baru Pada iOS 10



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple iOS 10 Sedia Untuk Dimuat-Turun Pengguna iPhone, iPad Dan iPod Touch

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×