Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kemaskini Apple iOS 10 Membuatkan Sejumlah Peranti Gagal Berfungsi (Dikemaskini)

Apple telah memperkenalkan kemaskini iOS 10 untuk iPad, iPhone dan iPod Touch sejak awal pagi ini, dan kini mengikut sejumlah pengguna yang telah memulakan proses naik-taraf berkenaan, ia didapati kemaskini ini membuatkan peranti berkenaan gagal untuk berfungsi.

Masalah ini dilihat berlaku untuk pengguna yang membuat kemaskini melalui OTA (over-the-air), dan terpaksa memerlukan pengguna menghubungkan peranti mereka ke iTunes di Mac atau PC untuk mengembalikan peranti berkenaan seperti sedia kala.

Bagi para pengguna peranti iOS, mungkin ada baiknya anda menangguhkan terlebih dahulu proses naik-taraf ini sementara masalah ini diatasi pihak Apple. Anda juga dinasihatkan untuk membuat salinan pendua untuk data pada peranti anda sebelum memulakan proses naik-taraf kepada iOS 10.

Dikemaskini : Apple mengatakan masalah ini telah diatasi, dan pengguna boleh naik-taraf seperti biasa.

Kemaskini 2 : Apple menyediakan panduan untuk anda sekiranya anda menghadapi masalah dalam menaik-taraf dan kemaskini kepada iOS10.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kemaskini Apple iOS 10 Membuatkan Sejumlah Peranti Gagal Berfungsi (Dikemaskini)

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×