Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mercedes-Benz Ingin Membangunkan Van Elektrik Dengan Integrasi Dron Penghantaran

Pelbagai syarikat telah memperlihatkan konsep kenderaan elektrik mereka, dan terkini pihak Mercedes-Benz memperlihatkan perancangan mereka untuk membangunkan sebuah Van Elektrik yang hadir dengan dron terbina di dalamnya untuk memudahkan Penghantaran barang.

Melalui van penghantaran ini, Mercedes-Benz ingin menyelesaikan masalah dan Memudahkan Penghantaran barangan – terutamanya pada masa kini yang memperlihatkan pembelian atas-talian yang sedang meningkat mendadak.

Menggunakan van elektrik ini, ia hadir dengan ruang kargo yang diautomasikan dan diintegrasikan terus ke dron penghantaran. Sebagai contoh, apabila menghentikan van ini disesuatu kawasan perumahan, pemandu boleh membuat penghantaran secara manual atau turut menggunakan dua dron terbina untuk penghantaran.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat konsep, dan akan melalui pelbagai fasa sebelum dikeluarkan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Mercedes-Benz Ingin Membangunkan Van Elektrik Dengan Integrasi Dron Penghantaran

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×