Realme Malaysia dilihat telah mengemaskini harga jualan untuk dua buah peranti di bawah siri C mereka. Peranti yang dimaksudkan adalah Realme C15 dan Realme C21 – di mana, kedua-duanya kini dijual pada harga yang lebih rendah berbanding penawaran asal.
Related Articles
Melaluinya, Realme C15 (4GB + 64GB) kini berharga RM499, Realme C15 (4GB + 128GB) boleh dibeli pada RM599 dan Realme C21 pula ditawarkan pada RM459. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa platform berbeza seperti Lazada dan Shopee.
Untuk spesifikasi khusus, Realme C15 hadir dengan skrin 6.5-inci LCD HD+ (1600 x 720 piksel) dengan rekaan paparan jenis bertakuk kecil. Seterusnya, ia dilengkapi cip pemproses Snapdragon 460, memori 4GB RAM (LPDDR4X) , storan dalaman sehingga 128GB dan bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 18W. Konfigurasi kamera pula terdiri dengan kuad-kamera utama dengan tetapan lensa 13-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.
Untuk Realme C21 pula, ia hadir dengan skrin 6.5-inci bertakuk kecil dengan resolusi HD+, dijana cip MediaTek Helio G35, memori 3GB RAM dan storan 32GB. Ia turut hadir dengan bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 10W. Realme C21 menggunakan pengecasan berasaskan mikro-USB. Untuk rakaman gambar, Realme C21 menggunakan tri-kamera belakang dengan sensor 13-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel, sementara kamera swafoto 5-Megapixel.