Lenovo Legion 2 Pro sudah disahkan akan dilancarkan di China pada 8 April kelak. Tetapi sayang sekali tidak banyak butiran yang dikongsi. Terkini, Lenovo Legion China melalui Weibo mereka telah sahkan yang peranti ini akan dijana dengan cip tidak lain dan tidak bukan – Qualcomm Snapdragon 888. Bukan itu sahaja, mereka juga mendakwa yang Legion 2 Pro adalah peranti Snapdragon 888 paling pantas dan paling sejuk.
Related Articles
Lenovo China baru-baru ini telah mendedahkan yang skrin peranti 6.92-inci dan juga sokongan kadar segar semula 144Hz. Membezakan saiz skrin adalah model pertama hanya bersaiz 6.55-inci. Jadi ia akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Legion 2 Pro akan mempunyai memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB.
Harga jualan dan butiran lanjut masih tidak didedahkan lagi. Sama-sama kita nantikan 8 April kelak.