Awal bulan lalu, iaitu sekitar penghujung Januari – Redmi mengumumkan yang mereka akan hadir dengan peranti yang memfokuskan permua dan ingin mula fokus kepada e-sukan. Peranti ini dikatakan akan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1200, iaitu cip 6nm yang cuba bersaing dengan cip peranti mercu seperti Snapdragon 888 atau sekurang-kurangnya Snapdragon 870.
Related Articles
Sehingga hari ini masih tiada khabar peranti apakah yang Redmi akan lancarkan. Mungkin ia adalah siri baharu yang tidak pernah diperkenalkan lagi. Terkini, terdapat laporan yang menyatakan peranti gaming Redmi ini mungkin akan dipasarkan sebagai peranti mercu Poco di India. Poco buat masa ini hanya ada Poco F3 sebagai peranti paling berkuasa mereka dengan cip Snapdragon 870.
Mungkin ini adalah Poco F3 Pro? Sumber memperlihatkan yang peranti Poco ini adalah dalam siri F. Tetapi mampukah cip MediaTek Dimensity 1200 bersaing dengan Snapdragon 870? Model peranti ini disenaraikan sebagai M2104K10I, yang mana huruf I di belakang bermaksud untuk India, huruf C untuk China dan huruf G untuk global. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.