Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Imej Pengolokan Mi Pad 5 Tertiris – Rekaan Moden Dengan Modul Kamera Mi 11

Tags:

Bertahun lamanya Xiaomi tidak melancarkan Mi Pad. Kali terakhir adalah Mi Pad 4 sekitar tiga tahun lepas. Ini mungkin kerana perisian yang tidak cukup baik dan menjadikan produk ini gagal. Lihat sahaja nasib pada barisan Mi Pad yang banyak masalah, seperti prestasi tidak baik dengan cip NVIDIA, tablet Windows dengan cip Intel dan kemaskini yang tidak terjaga. Tidak lupa juga yang Mi Pad lebih sukar untuk dikustomasi seperti menukar ke custom ROM.

Bulan lepas, terdapat laporan yang Xiaomi akan kembalikan Mi Pad dengan Mi Pad 5. Ini mungkin kerana Covid-19 yang menjadikan permintaan tablet meningkat, sehinggakan banyak jenama ingin hadir dengan tablet tersendiri seperti Oppo. Baru-baru ini imej pengolokan tablet yang dikatakan Mi Pad 5 tertiris. Ia dilihat menggunakan rekaan bezel sekata seakan iPad Air atau iPad Pro, yang mana menjadi trend dalam tablet Android. Samsung dan Huawei juga menggunakan rekaan bezel lebih kurang sama. Kemudian, tablet ini juga mempunyai modul kamera yang mirip dengan Mi 11. Mungkin ingin bersaing dengan iPad Pro yang ada kamera yang cukup berkuasa.

Butiran mengenai tablet baharu Xiaomi ini masih samar-samar. Menurut spekulasi ia akan hadir dengan skrin menghampiri 11-inci LCD, resolusi 2K, dan menyokong kadar segar semula tinggi. Kamera pula adalah 20+13 Megapixel, pengimpas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan MIUI yang terkini. Cip dikatakan adalah Snapdragon 870, tetapi mungkin juga MediaTek Dimensity 1200 untuk prestasi tinggi. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kemunculan tablet ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Imej Pengolokan Mi Pad 5 Tertiris – Rekaan Moden Dengan Modul Kamera Mi 11

×