Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lebih kurang ...





Ada dua   yang pasti dalam  kehidupan  dunia ini, iaitu ,
perubahan dan kematian.

Harini nak bermonolog tentang perubahan lah. Kematian tu kita letak ketepi dulu. 

Tahun-tahun 70an dan tahun-tahun sekarang memang sangat jauh bezanya. Tahun 70an tu saya bersekolah rendah di Marian Convent, Ipoh. Ntah macam manalah rupa sekolah saya tu sekarang ni, sejak dah belajar ke sekolah menengah sehingga sekarang tak pernah lagi menjejakkan kaki ke sekolah tersebut.

Apakah episod yang saya paling ingat dalam zaman bersekolah rendah saya?

Oh, ada beberapa episod yang masih saya ingat. Walaupun banyak episod yang telah tenggelam dalam memori silam saya. Biasalah, benda dah berpuluh tahun berlaku, kan.

Saya paling ingat seorang Cikgu Bahasa Inggeris saya. Tapi tak ingat pulak Masa tu saya berada di dalam darjah berapa. Nama beliau Mrs Lim. Tetapi saya dan beberpa rakan memanggil beliau Mrs Lim Bulldog. Uish, tidak berniat sedikit pun nak mengejek beliau, tetapi nak menunjukkan garang tak garangnya lah beliau masa tu. Nampak tak kegarangan beliau berdasarkan nama tu sahaja.

😂

Kalau dengar tapak kaki beliau je di luar bilik darjah, dah rasa tangan ni berpeluh ya amat. La, bukan waktu dia berjalan ke arah Kelas je, hari sebelum nak ke sekolah, tengah susun buku berdasarkan jadual pun dah dup dap dup dap. Setiap malam sebelum kelas Bahasa Inggeris sebelumnya, memang doalah, saya sakit ke keesokan harinya, atau tetiba cuti umum ke diistiharkan, ataupun tetiba ada mesyuarat guru ke... Tapi rasanya, tak pernah doa-doa tu Allah makbulkan. 

Memang ada hikmahnya semua benda berlaku, dan doa tersebut tidak dimakbulkan rupanya.

Mrs Lim ni, badannya gempal-gempal, berkaca mata ala-ala madam dalam citer-citer Mandarin.

lebih kurang la

Ada satu peristiwa yang saya nak cerita. Masa tu, rasanya kelas relief. Cikgu yang sepatutnya mengajar tak dapat hadir. Jadi, kami sekelas dapatla berjimba sekejap. Kalau waktu tu, rasanya bagi saya, kelas tak lah bising sangat, tapi kalau sekarang saya yang berdiri kat depan kelas tersebut, rasanya kelas tu memang cukup bising. Sebab tak lama kami dapat berjimba. 

Tetiba je Mrs Lim muncul depan pintu. Apa lagi, macam lipas kudung masing-masing, bergegas ke tempat duduk.

Mrs Lim beri arahan sedikit sahaja, selepas kami dah bagi ucap selamat. Lebih kurang dia cakap ...

"I want you to do your own work. No noise.."

Senyap sesenyapnya kelas saya waktu tu. Masing-masing buat kerja rumah yang setiap hari berlambak cikgu-cikgu bagi.

Tapi ...

Saya yang macam perangai badut sejak kecil lagi dalam kalangan kawan-kawan ni, tak boleh nak tahan dengan kesenyapan kelas yang ada. Seingat saya, saya pergi gatal mulut nak pinjam gunting dari kawan sebelah. Saya rasa, saya dah berbisik paling perlahan. Rupanya, telinga Mrs Lim macam radar supersonik.

"You there, come here!!"

Nak tahu macamana perasaan saya masa tu? Sekarang pun boleh gambarkan perasaan tu. Sebab Mrs Lim pandang "direct" ke arah saya. Jari telunjuk dia macam terasa je menunjal kepala saya.

Waktu tu, hati saya macam dah jatuh bergolek-golek kat lantai kelas. Tali usus berpintal berpintal Tak Tau Nak bayang camana. Nak gerak ke depan pun rasa macam takde kaki dah. Menyesal tak tau nak cakaplah kan. Kenapalah bodoh sangat nak pergi mintak pinjam barang orang masa "time" Mrs Lim kat depan mata.

Nak tak nak, pergi jugakla menyerah untung nasib pada Mrs Lim.

"What were you doing just now? I said no talking .."

Mrs Lim bertanya tu bukan bermakna kena menjawab. Kalau jawab memang cari nahas lah. Lagipun Bahasa Inggeris saya sangat berterabur, kalau nak jawab kenan karang atas kertas dulu. Jadi, saya hanya diam berdiri sebelah dia. 

Banyak buku tulis depan Mrs Lim. Rupanya dia tengah menanda buku tulis semasa kelas yang dia relief. Perkara yang saya tahu sekarang, tak sepatutnya berlaku masa kelas relief zaman 2017. Tapi zaman tu, mana saya tahu Mrs Lim tak patut berbuat demikian . 😀

Rakan-rakan saya yang lain semua terhenti membuat kerja. Budak yang nak bagi pinjam gunting kat saya tu agaknya bersyukur amat, sebab dia tak dipanggil sama. Masing-masing berdebar menunggu hukuman yang sepatutnya saya terima.

Mrs Lim keluarkan sesuatu dari bekas alat tulis beliau. Oh, masa tu perut saya bukan dah kecut lagi, rasanya macam dah tak de perut, bila nampak Mrs Lim keluarkan gunting. Takutnya waktu tu tak tau nak cakap macamana.

Dalam masa sama, Mrs Lim keluarkan selotep paling besar yang saya nampak waktu tu. Tak pernah sebelum tu saya nampak selotep sebesar itu.

Beliau potong selotep tu dalam ukuran 4" dan terus tampal ke mulut saya.

"Now, keep quiet and do your work"

Memanglah lepas tu keep quiet kan. Nak cakap macamana. Mulut dah kena selotep. Haha.

Tapi masa nak bergerak ke tempat saya tu, sempat lagi saya tengok kawan-kawan saya gelakkan saya.

Itulah peristiwa yang sangat saya ingat tentang Mrs Lim.

Kenapa pulak tetiba teringat?

Sebab sambil menunggu kereta saya dibasuh tadi, saya terbaca kisah seorang guru ganti dibuang kerja kerana menselotep mulut 10  orang murid-muridnya.

Memang zaman dah berubah. Menselotep mulut rupanya boleh dianggap mendera. 

Tapi kalau dah tak tahan sangat dengan kebiadapan dan keceluparan sesetengah pelajar kita zaman sekarang ni macamana lah nak didenda, ya?

Memang sesekala, ada anak murid yang lancang mulutnya. Bercakap lagak orang tua menentang musuh, sedangkan yang dihadapan adalah gurunya. Itu yang membuatkan cikgu-cikgu ada kala hilang kewarasan akal untuk bertindak.

Entahlah ya. Dunia pendidikan semakin mencabar sekarang, bukan kerana isi kandungan subjek yang diajar, tetapi cabaran yang ada ialah memanusiakan manusia itu sendiri.

Semoga semua guru-guru di luar sana, dikurniakan pahala dunia akhirat, dimudahkan segala urusan dan direzekikan segala kebaikan dunia akhirat. 

Selamat Hari Guru


psst : nak baca tentang guru ganti kena buang kerja, di SINI.

Salam ingatan,











This post first appeared on Klcitizen, please read the originial post: here

Share the post

Lebih kurang ...

×

Subscribe to Klcitizen

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×