Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tengok Wayang The Crucifixion

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari Deepavali yang baru lepas ni, Noe dan Bob berkesempatan untuk menonton wayang di GSC Quill City Mall KL. Dah lama sangat rasanya tak masuk panggung. Tak ingat bila kali terakhir masuk panggung.

Kami memilih filem ini kerana ianya berdasarkan pada kisah benar. Tak ramai pun yang menonton filem ini. Berlambak kerusi kosong lagi.



Filem ini berkisahkan tentang seorang wartawan yang bernama Nicole Rawlins (lakonan Sophie Cookson) menyiasat tentang kematian seorang biarawati yang bernama Adelina di sebuah Gereja di sebuah kawasan pendalaman di Romania. Seorang pastor telah ditangkap. Pastor tersebut dalam proses ritual untuk membuang iblis yang telah masuk ke dalam badan Nicole. Dalam masyarakat kita, kita biasa sebut tentang kena histeria dan di rasuk....ha...jenis2 macam tu la ..ni. Nama iblis yang berada dalam badan Adelina ialah Agares.

Dalam proses penyiasatan kes pembunuhan ini, Nicole telah berjumpa dengan doktor yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Adelina, kawan rapat dan abang Adelina disamping seorang pastor muda. Hasil dari penyiasatan, Nicole seakan percaya akan pembunuhan Adelina adalah disebabkan oleh rasukan iblis. Adelina juga merupakan seorang pengidap penyakit mental iaitu skizofrenia dan perubahan Adelina berlaku setelah seorang Paderi yang juga merupakan penjaga Adelina telah membunuh diri dengan terjun dari Gereja. 

Kemuncak cerita ini berlaku apabila iblis Agares cuba masuk ke dalam badan Nicole dan pastor muda telah membantu Nicole daripada terus dirasuk oleh iblis Agares. Nicole memberhentikan siasatan setelah dia yakin dengan punca yang menyebabkan kematian Adelina. 


Movie Ticket


Bess ke cerita ini? Pada pendapat noe, filem ini membosankan..noe dan bob hampir terlelap dalam panggung. Terperanjat bila ada yang menjerit masa scene2 yang terperanjat. Tak banyak sangat pun scene2 terperanjat2 ni. Filem ini tak seram pun..Bob kata...tak nampak iblis nya. hihihi...nak tengok iblis rupanya bob ni...tak puas hati dia tak nampak iblis :). Senang sangat pulak pastor muda tu buang iblis dari badan Nicole padahal Nicole sorang yang tak ada pegangan agama. Tapi pastor yang banyak pengalaman buang hantu jin dalam badan Adelina, punya la susah.. 3 hari Adelina tak makan minum...kesian.. :)..sampai mati...

Apa-apa pun layan je la...tetap tengok sampai habis...walaupun hampir terlelap. 


This post first appeared on NOesuhaimi, please read the originial post: here

Share the post

Tengok Wayang The Crucifixion

×

Subscribe to Noesuhaimi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×