Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

10 Perangai Hidup Bahagia

Perangai hidup di antara Pasangan suami isteri adalah amat penting dalam menentukan kebahagiaan sesuatu rumahtangga itu sama ada bahagia atau sebaliknya. Apabila kedua-dua belah pihak dapat memberikan kerjasama dan mempunyai sikap bertolak-ansur, InsyaAllah perhubungan suami isteri akan lebih bermakna serta kehidupan rumahtangga akan menjadi semakin bahagia.

Sekadar ingatan buat suami isteri agar boleh jadikan 10 perangai di bawah ini sebagai pedoman atau contoh yang boleh dipraktikan dalam kehidupan rumahtangga. Selamat Mencuba!

1 . Pandai Menghargai Sesuatu

Sikap menghargai apa yang pasangan anda dan juga dirinya pasti akan merapatkan hubungan anda berdua. Sentiasalah menghargai apa yang pasangan anda lakukan walaupun ianya merupakan perkara kecil.

2. Sentiasa Memberi Komitmen

Setiap hari anda perlu sedar tentang komitmen yang anda ada dan cubalah untuk memberi fokus yang terbaik buat keluarga tersayang anda.

3. Bijak Berkomunikasi

Anda dan pasangan seharusnya perlu mempunyai talian komunikasi yang kukuh. Apabila hubungan komunikasi anda berdua utuh, pasti tiada perkara-perkara negatif berlaku yang boleh menjejaskan hubungan rumahtangga anda.

4. Sentiasa Beri Galakkan

Memberi dorongan atau galakkan pada pasangan anda adalah perkara wajib. Ini kerana anda adalah sumber tenaga dan kekuatan bagi diri dia. Jika anda menyokong dia sudah pasti ini akan menjadikan dirinya semakin kuat.

5. Bersyukur

Hindarkan diri dari mempunyai sikap yang terlalu cerewet dan suka membebel mengenai sesuatu perkara yang remeh. Sentiasalah bersyukur dan anda berdua akan menjadi lebih baik dan dimurahkan rezeki yang melimpah-ruah oleh Allah SWT.

6. Melindungi Keluarga

Jangan sesekali berasa takut untuk melindungi keluarga jika berlaku sesuatu yang boleh membahayakan keselamatan mereka. Lakukan apa sahaja yang perlu demi untuk melindungi keluarga anda.

7. Fokus Menggembirakan Pasangan

Sentiasa memberikan fokus dan perhatian utama dalam menggembirakan pasangan anda. Lakukanlah selalu perkara-perkara yang boleh membahagiakan pasangan walaupun perkara tersebut kecil sahaja.

8. Bersikap Jujur Terhadap Pasangan

Jangan menipu pasangan anda. Anda hendaklah bersikap jujur dan selalu mempunyai peribadi yang suka berterus-terang jika anda sedang menghadapi sesuatu masalah.

9. Membuat Lawak atau Jenaka

Sudah tentu pasangan anda akan berasa gembira dan geli hati apabila anda pandai membuat jenaka yang mampu menghiburkan hatinya.

10. Menjadi Pendengar Yang Baik

Sentiasa bersedia untuk menjadi seorang pendengar yang baik terutamanya apabila pasangan anda sedang memperkatakan sesuatu.


This post first appeared on Hubungan Intim Suami Isteri, please read the originial post: here

Share the post

10 Perangai Hidup Bahagia

×

Subscribe to Hubungan Intim Suami Isteri

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×