Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Suami Anda Tidak Bernafsu/Ghairah?

Tags: suami

Suami anda kurang nafsu???

Haa…ini topik yang ditunggu-tunggu oleh lelaki. Cara-cara menggoda suami supaya anda si isteri dapat berasmara dengan Suami kesayangan anda di ranjang…atas katil ler tu!

Selalunya suami ni pantang diajak, kadang-kadang tak payah nak ajak dia dah ready aje. Tapi bagi si suami yang dingin yang tak tahu nak mulakan hubungan intimasi perlulah anda sebagai seorang isteri mithali memulakan langkah pertama untuk melayar bahtera. Bukan senang si isteri nak memulakannya kalau tidak ada pedoman dan juga ilmu lebih-lebih lagi jika si isteri jenis pemalu, lemah lembut serta muslimah gitu. Sebenarnya tiada apa yang perlu dimalukan pun. Luar dalam semua dah nampak. Cuma lelaki nie kalau dah penat sukar untuk terangsang kecuali ada aksi-aksi spesial dari pasangan.

Lelaki nie pelik sikit, suka aksi-aski mengahirahkan. Jadi gunakanlah kelemahan lelaki ini untuk mengajak suami anda ke ranjang. Aku kalau baca tips-tips kat bawah tu pun dah mula nak ghairah. Kalau dah beraski tu…faham-faham jer la!

Berikut adalah cara-cara untuk menarik suami anda ke ranjang.Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

1) Tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan mendebarkan. Contoh : Membuka pakaian secara perlahan-lahan, bermula dengan butang paling atas dengan aksi yang menghairahkan.

2) Cuba rapatkan dada anda ke dada suami dan dakaplah suami anda dengan dakapan penuh nafsu.

3) Mainkan rambut anda ditubuhnya. Belaian rambut anda mungkin dapat membangkit ghairah suami. Jangan lupa belai juga rambut, misi atau bulu dada suami anda jika ada.

4) Buat gigitan manja di leher atau bahagian lain tubuh. Gigitan ini boleh merangsang keinginan suami. Selain itu, suami akan ingat anda apabila melihat bekas gigitan itu.

5) Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur kerana suami sering ghairah apabila melihat benda-benda itu.

6) Tatap mata suami dengan pandangan yang mempesonakan.

7) Usap bahagian tubuh suami anda dengan usapan manja dan mesra dengan menggunakan hujung jari, dari dahi hingga ke belakang leher.

8 ) Hembus nafas anda ke telinga suami kerana hembusan boleh merangsang suami dan membuat dia tidak sabar mendakap anda.

9) Elak menyentuh kelemahan tubuh suami. Tumpukan pada bahagian lain seperti dada, puting atau lengannya yang sasa.

10) Sesekali pakailah pakaian dalam yang jarang dan menampakkan tubuh anda yang seksi atau memakai pakaian yang singkat dan menggiurkan.

11) Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan seksual, pakai pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri memakai pakaian, bermula daripada pakaian dalam, coli dan bahagian-bahagian lain.

12) Jangan lupa, ketika hubungan seksual, selain dari alunan lagu yang syahdu atau klasik, haruman ditubuh juga boleh membangkitkan ghairah suami. Cuba menggunakan minyak wangi yang boleh menyeronokkan suami.

13) Usah terburu-buru dalam hubungan seksual. Ambil masa dan nikmatilah sepuas-puasnya.

14) Jika ingin lebih agresif. Tarik suami ke katil dan bertindak dahulu bagi memberikan suami suatu kejutan yang berbeza.

So, harap-harap panduan ini berhasil. Sekiranya anda telah cuba sedaya upaya tapi tak berhasil, mesti ada sesuatu yang tak kena. Cuba selidiki adakah suami anda ke arah mengalam masalah mati pucuk. Adakah dia teringatkan seseorang wanita selain dari anda. Adakah dia stress memikirkan beban masalah ataupun dia selalu tewas di tangan anda disebabkan masalah cepat pancut / tak tahan lama ketika bersama.

Bersabar dan bawa berbincang . Jika boleh sama-sama membantu suami anda mengatasi masalah ini. Semoga rumahtangga anda bahagia hingga ke akhir hayat.



This post first appeared on Hubungan Intim Suami Isteri, please read the originial post: here

Share the post

Suami Anda Tidak Bernafsu/Ghairah?

×

Subscribe to Hubungan Intim Suami Isteri

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×