Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Misi mencari rangga ?

 

Budget trip berdua ke Yogjakarta Indonesia. 

Assalamualaikum ! Ramadhan kareem to all my muslim readers. Err..macam cliche kan kalau lama tak update mesti  nak tanya 'korang rindu tak kat sis?' 

So, aku tak mau tanya korang rindu ke tak. Aku just nak say sorry banyak-banyak sebab dah lama tak update blog. Ehh bajet macam orang tunggu je update entri kan. Ahh, tak kisahlah...janji ada blog readers iolss yang tanya bila nak tulis entri misi mencari rangga. 
Ok cukuplah melalut. Entri kalini aku nak share sikit pengalaman aku travel ke Indonesia or lebih tepat ke Djogja, Yogyakarta, Jogja or apa sajalah yang korang panggil. Since aku newbie tak nak lah sebut tips sebab rasa macam tak layak gila nak bagi tips. Bahaha. So share  pengalaman macam sesuai sikit. 

Untuk entri Misi Mencari Rangga bahagian 1, aku nak kongsikan itinerari di Djogja. Next entri maybe aku akan share tentang Things must do in Jogja or maybe How to survive using public transport in jogja?? 

Saja buat bahagian-bahagian supaya tak panjang sangat entri. Nanti korang bosan nak baca.

Itinerary bajet backpack ke Jogjakarta 5H4M untuk 2 orang. 

 Memandangkan aku dan kawan aku lebih suka travel secara backpack dan tidak travel secara mewah so konsep travel kami adalah traveller not tourist. Fuh poyoooo ! 😅
 Padahal bajet tight and fight sebab tu tak dapat nak travel ala ala Che Ta. Well, actually bagi aku, aku suka travel konsep budget tight ni sebab tujuan aku travel adalah untuk merasakan ketidakselesaan dan belajar culture orang lain dan menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT. *insert hashtag poyo*

 
tekan sini untuk lebih jelas : here

Memandangkan travel berdua, budget dan itinerari ini bagi aku dah cukup tight. Kalau korang travel dalam 4 ke 5 orang maybe boleh jimatkan lagi kos especially kos hotel dan supir. Bab makan dekat jogja memang murah sebab kami more to street food dan warung2 biasa jer. Last day jer melantak mewah sikit sebab ada lebihan bajet. 

Guest house pertama dekat kawasan prambanan. Walking distance bagi yang fit untuk ke Candi Prambanan. Bilik kami memang basic giler. Hanya ada tilam bantal dan selimut. Ehh cadar ada lah. Tapi kami pilih yang air conditioning. Kalau korang nak lagi jimat boleh lah ambil yang bilik berkipas. Bathroom is sharing. So kalau korang yang tak suka share, kena lah ambil bilik yang private bathroom, tapi mahal sikit lah. Tapi tak lah mahal sangat guest house yang kami duduk ni. 
 Second guest house kami adalah di kawasan prawitoman - berhampiran Sellie cafe, ya! tempat filming AADC2 tu. Night life area situ memang sempoi giler. Terbaik! 
Konsep bilik still sharing bathroom but this time round bilik kami kipas jer. Tapi selesa ja tidur. Tak panas pun. Maybe time aku pi sana musim hujan kot. 

Eh travel time hujan kt Jogja pun not bad jugak tau. 

Hotel semua aku book melalui Booking.com . Memang favorite website aku kalau nak tempah hotel tak kira la dalam Malaysia pun. 

 
Style kan bergambar dengan baju hujan di Candi Siwa, Prambanan.

Supir plak aku rasa inilah supir yang paling terbaik lepas buat banyak research mengenai harga supir. Kebanyakkan supir ada time limit dan harga agak mahal. Tapi supir yang kami guna ni tak ada time limit. Sampi dekat tengah malam kami guna. Dah la bermula sebelum subuh. Hahaha. Memang fully utilize lah. Tapi at the end of servis kami bagi lah tip atas perkhidmatan supir yang awesome. Bukan sahaja sebagai supir tapi sebagai photographer peribadi. Pandai pulak tu dia ambil gambar. Aku syak dia ambil kelas fotografi lah. Kalau korang nak, supir ni namanya putra jogja. Tu nama femes dia dekat Facebook lah. Nama betul aku macam lupa lah. Tapi yang pasti bukan Rangga.Boleh wassap. 


Untuk pengetahuan korang,  kereta yang kami gunakan adalah Toyota Avanza, Rp 1 juta untuk full 2 hari di Jogja. Sebelum subuh hingga lewat malam -lebih 12jam. Memang selesa lah avanza naik 2 orang kan? 

Hopefully sharing aku kali ni boleh bagi sedikit manfaat kat korang yang nak p travel ke jogja buat pertama kali. 

Apa aku patut tulis untuk next post pasal Jogja? Things must do in Jogja? Public transport guide ? Day by day Experience?  Komen kat bawah ni. Yang mana paling banyak request aku tulis yang tu dulu. But kalau tak ada yang berminat aku tulis topik lain lah. Hahahah. Ok bye semua. Jangan lupa bangun sahur esok. 


Thank You For Reading This Post ! Komen lah sikit =)


This post first appeared on Z E T Y H A S N A N, please read the originial post: here

Share the post

Misi mencari rangga ?

×

Subscribe to Z E T Y H A S N A N

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×