Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Takut gagal & 7 tips untuk atasi

Wordless Wednesday? Tapi hari ini zety nak wordy Wednesday lah.

Pernah alami perasaan takut gagal sehingga memutuskan untuk tidak mencuba?



Ada orang yang merasa takut untuk menghadiri temuduga kerana risaukan kegagalan. Ada yang merasa takut untuk memulakan perniagaan kerana fikirkan kegagalan. Ada yang terus pendam perasaan sendirian kerana takut di"reject". Akhirnya anda akan merasakan diri anda tidak berguna lantas berputus asa.

Cara atasi rasa takut gagal.


Tips 1- POSITIF !! BERHENTI FIKIRKAN ANDA AKAN GAGAL. 

Kosongkan fikiran dari memikirkan "kalau aku gagal". Sebaliknya fikirkan "apa yang akan aku lakukan seterusnya jika aku BERJAYA" . Sebenarnya otak kita memproses apa yang kita fikirkan dan seterusnya akan mengilhamkan dalam bentuk perbuatan. Jika kita memikirkan perkara yang positif seperti KEJAYAAN, ia pasti akan membuatkan kita berasa dan bertindak ke arah yang positif.

Tips 2- PERSEDIAAN.

Jika kita bersedia pasti kita akan merasa lebih berkeyakinan. Walau dalam apa jua perkara sekalipun, persediaan adalah perkara utama yang perlu kita titik beratkan.Persediaan dari segi fizikal dan mental adalah penting untuk mengelakkan kita berasa takut gagal. Buatlah pembacaan, latihan, perbincangan dan sebagainya sebagai persediaan sebelum melakukan perkara yang sebenar.

Tips 3- ZON SELESA?

Keluarlah dari zon selesa anda sekarang!! Beranikan diri untuk keluar dari zon selesa dan lakukan perkara yang baru. Zon selesa ini merupakan antara faktor paling utama yang menjerat anda untuk berjaya. Bagaimana caranya? Sebagai contoh, jika anda tinggal bersama keluarga, anda perlu keluar dan cuba hidup berdikari. Usah risau. Semua orang dilahirkan dengan kebolehan survivor. Jika seseorang berada dalam keadaan terpaksa pasti kemahiran survivor anda akan keluar secara semula jadi. Inilah uniknya manusia !

Tips 4- ROLE MODEL. IDOLA.


Cari idola anda dan tiru apa yang idola anda lakukan. Cara ini merupakan cara mudah bagi langkah permulaan untuk kita atasi perasaan takut. Percayalah cara ini akan membuatkan anda berasa lebih yakin.

Tips 5- PROSES PEMBELAJARAN. 

Yakinkan diri bahawa kegagalan juga merupakan satu proses pembelajaran. Tiada orang di dunia ini yang tidak pernah merasakan kegagalan. Jadi, cubalah bertenang dan menerima kegagalan sebagai satu proses pembelajaran yang akan menjadikan diri kita lebih matang. Chill !

Tips 6- SET YOUR GOAL !! 

Catat perancangan anda dan ikutlah perancangan yang dibuat. Perancangan yang teratur akan membantu kita untuk menghilangkan Perasaan Takut Gagal. Ini kerana kita sudah mengetahui apa tindakan yang perlu kita lakukan.Ini akan mengelakkan kita merasa gugup dan cemas. Kebiasaannya perancangan yang jelas merupakan antara faktor kejayaan seseorang itu. Kita sering lihat orang yang berjaya adalah orang yang ada perancangan. Jadi, set your goal !!

Tips 7- SOKONGAN

Percaya atau tidak, sokongan daripada orang sekeliling akan mengurangkan perasaan takut gagal dan akan membuatkan kita merasa lebih berani. Mintalah sokongan dari keluarga, teman atau orang yang tersayang untuk mendokong anda. Sokongan daripada mereka akan meningkatkan kepercayaan diri anda.

Tips bonus! Dapatkan sokongan spiritual. Berdoalah kepada sang pencipta dan mintalah supaya anda diberi kekuatan, dipermudahkan urusan dan dihilangkan perasaan takut gagal yang menghalang anda untuk bertindak.

Selamat mencuba dan semoga anda beroleh kejayaan .



This post first appeared on Z E T Y H A S N A N, please read the originial post: here

Share the post

Takut gagal & 7 tips untuk atasi

×

Subscribe to Z E T Y H A S N A N

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×