Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#ProjekTidoLuar | Kuching | Citadines Upland Kuching



[ This entry are written in Malay, if you need assistance in English, please contact us at projektidoluar[@]gmail.com. We are more than happy to help you. 🙋 ]

Salaam...

Team #ProjekTidoLuar memilih Citadines untuk 'Staycation' kali ini.

Kami menggunakan Booking.com untuk menempah bilik, melalui Trivago.com.my. 



Menariknya di Booking.com mereka mempunyai satu feature yang dipanggil 'Price Match' di mana jika harga bilik yang ditempah tu lebih rendah di laman web yang lain [tertakluk dengan terma dan syarat lah yer] Booking.com akan menyamai harga yang rendah itu.

•(♥).•*´¨`*•♥•(★)**•♥•**(★)•♥•*´¨`*•.(♥)•

:: 3 November 2016 - Khamis ::

Kami sampai ke hotel dalam pukul 12.30 tengahari dengan memandu sendiri. Tempat letak kereta ada disediakan dan untuk penginap ia adalah percuma.

Ada pelbagai cara untuk ke Citadines Uplands Kuching :
Dari Kuching International Airport :

⟹ UBER - RM6 - RM9
⟹ GrabMY [Teksi] - RM18
⟹ Bas - Tiada Dalam Perkhidmatan

Dari Citadines Uplands Kuching ke Pusat Bandar Kuching :

⟹ UBER - RM3 - RM5 [Main Bazaar] | RM7 - RM10 [Kubah Ria/Pasar Minggu ]
⟹ GrabMY [Teksi] - RM13 [Main Bazaar] | RM28 [Kubah Ria/Pasar Minggu ]
⟹ Bas - Kebanyakkan bas menggunakan laluan ini akan menuju ke pusat bandar. Tiada info untuk masa, harga tiket dan laluan bas.

*Disclaimer : Harga ni berdasarkan aplikasi UBER and GrabMY pada waktu itu*



Pintu masuk ke hotel Citadines adalah dari sebelah tepi, rasanya pemandu teksi atau Uber pasti akan menurunkan penumpangnya di situ jadi jangan risau.

Korang akan nampak signage di bawah...


Untuk ke lobi hotel Citadines Uplands Kuching, silalah gunakan lif ke aras 2. Kaunter resepsi berhadapan dengan lif memang nampak la.

Selfie jap sementara menunggu nak dapat kunci bilik. 
Sewaktu membuat tempahan kami ada emel untuk request masuk awal sebab waktu mendaftar masuk adalah pukul 3 petang, memandangkan emel tu di hantar dua hari sebelumnya jadi lambat ler balasan. Kami pun belasah jer datang awal, yelaa tak cuba tak tahu kan? Rupanya kalau ada bilik yang kosong, kita dibenarkan untuk daftar masuk awal. Yayyy!! Dapat simpan barang dulu.

Oh yeah, deposit RM150 diperlukan sewaktu bayar daftar masuk yer. Sila sediakan siap - siap.

Lobi yang comel. 
Dari luar bilik. 

Memandangkan kami berdua belum makan, jadi kami pun ke The Spring Mall untuk lunch.
Sekitar hotel ni terdapat banyak gak restoran / kafe, semua yang boleh pergi dengan menapak jer. Kalau tengah malam tetiba perut minta di isi, ada restoran bukak 24 jam - Atmosfera Cafe - majorly makanan India / Pakistan ler. Tak payah menyeberang jalan.

Ada jugak Dobi Layan-diri tak jauh dari situ pun sama 24 jam beroperasi.

Apa yang ada sekitar atau berdekatan dengan tempat ini yer?? Okay, sila la tengok senarai kat bawah... Harap maklum yer ada lokasi yang kalau nak menapak agak jauh jugak... Sila la gunakan google maps.

⟹ Swinburne University of Technology Sarawak Campus
⟹ KWSP
⟹ Borneo Medical Centre
⟹ Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching
⟹ Bangunan Sultan Iskandar - Pelbagai Jabatan Kerajaan
⟹ Bangunan Tun Datuk Pattinggi Tuanku Haji Bujang - Pelbagai Jabatan Kerajaan


Permandangan dari bilik.
Komen kami tentang servis apartment ni :

⟹ Lobi di aras 2 - boleh di akses menggunakan lif atau tangga. Kaunter resepsi sangat senang di akses hanya berdepan dengan lif.
⟹ Terdapat restoran [di sebelah kiri dari kaunter resepsi]
⟹ Petunjuk arah kiblat terdapat di dalam bilik
⟹ Tempat letak kereta percuma untuk penghuni apartment.
⟹ Berdekatan dengan pelbagai kedai, sangat senang.
⟹ Menyediakan Shuttle Servis ke beberapa lokasi 

Mengenai Bilik :

⟹ Bilik yang bersih, mempunyai Day and Night curtains
⟹ Bilik yang agak luas untuk dua orang.
⟹ Kemudahan asas - tuala, sabun jenis cecair.
⟹ FlatScreen TV, channel berbayar
⟹ Dapur kecil, agak lengkap dengan utensil [pinggan, mangkuk, cawan, gelas etc]
⟹ Suka katil, sangat selesa!
⟹ Penghawa dingin yang berfungsi
⟹ Ruang tamu dan ruang makan
⟹ A nice size cupboard with hangers and iron
⟹ Power socket yang mencukupi
⟹ Tiada Room service available


Sementara menunggu hari reda, mengambo diri jap. Heheh.. 


•(♥).•*´¨`*•♥•(★)**•♥•**(★)•♥•*´¨`*•.(♥)•

:: Side Story ::

Kebetulan malam tu, kat ruang parkir ST3 Shopping Mall [bangunan yang bersambung dengan hotel] ada Food Truck Friday. Kami pun tak nak lepaskan peluang ler tuh meramaikan event tu.. Pasal makan memang....




Sementara menunggu sorang lagi member - +Khairool Adzelan datang, group photo jap dengan my BFF, Yun and Believe, tapi Believe kena tinggal soh jaga bilik... Hahaha

Lif hotel 

Keadaan semasa kami tiba di ruang parkir 
Terdapat juga beberapa kafe di kawasan ni. 

Banyak gaklah hasil 'tangkapan' kami malam tu, ingatkan nak makan kat bawah sambil mencari jodoh menikmati permandangan tapi kebanyakkan meja dah mula penuh so kami just naik ke bilik jelaa.

Sempat minta izin ngan brader ni nak ambik gambar roti burger yang sebenarnya 'Charcoal' burger tapi di bawah lampu truck dia macam purple plak.
Menikmati hidangan. 
Memang tak menghampakanlah pilihan makanan kami malam tuh. Kalau korang jumpa food truck dorang nie sila lah menerjah. Hahaha... Harga pun berpatutan.

Nasi Lemak dari Nasi Lemak Antarabangsa - stock tengah malam kah! kah! kah! | Molten Salted Egg Yolk Croissant dari Hungry Dino | 2 Burger dari Kuching Food Kartel | Grilled Cheese dari Noms 
Lepas habis makan dan berborak sakan, Khairool pun kena turun sebab ada plan lain. Terima kasih yer sebab sudi join kami.

Memandangkan malam pun masih muda.. ehcehwaahh.... Kami berdua pun sama turun ke bawah sambil melihat apa yang ada dalam bangunan nie.

Kat dalam bangunan ST3 nie korang boleh jumpa :

➠ Supermarket
➠ CyberCafe - tapi tak sure laa kalau ada servis fax/printing etc.
➠ K11 - karaoke
➠ Epacse Asia - Escape Room
➠ Beberapa kafe

Sempat gakla kami berdua lepak jap kat Rusty Bean & Batter sebab nak merasa dorang punya waffle sebagai dessert malam ni [alasan jer tuh, sebenarnya nak makan lagi... hahahaha]

Selfie jap dengan permandangan di bawah yang masih ramai. Syukur cuaca elok malam ni.
Sangat suka enviroment kafe ni. Sangat chillax. 
Sharing dua waffle. 

:: Side Story End ::

•(♥).•*´¨`*•♥•(★)**•♥•**(★)•♥•*´¨`*•.(♥)•

Lepas selesai meronda kami berdua pun balik ke bilik.
Girl timeeeee~💆💅

Indahnya kalau ada katil yang empuk cenggini selalu...
Selfie lagikkk.... hahaha...
Kali ni Kami berdua memilih facemask dari Facelook. 
Dah pasang mask muka apalagi, masa untuk chillax ler...
Oyasuminasai min'na [Selamat Malam semua]

Believe : I takder facemask ker?? Huhu
•(♥).•*´¨`*•♥•(★)**•♥•**(★)•♥•*´¨`*•.(♥)•

:: 4 November 2016 - Jumaat ::

Assalamualaikum... Ohayo~😍 
Harga bilik kami termasuk dengan sarapan pagi, so kami berdua pun turun selepas selesai bersiap.

The Cafeteria | bukan premis dari hotel Citadines.
Keadaan premis bersih dan luas, dari segi pilihan makanan pulak takdelaa terlalu mewah. Boleh laa untuk mengisi perut.

Nota : Ada beberapa kedai makan yang buka di sekitar hotel.


Lepas breakfast, kami berdua pun merayau mencari gym pulak kat tingkat 3. Ada pepatah berkata lepas makan takleh pegi berenang... hmmmm... *geleng kepala*

Waktu operasi : 6am - 10pm setiap hari. 
Merasai jakuzi tapi open space ler. Nak buat cemana. 
Fefeeling cerita drama jap... hahahah sambil kena urut.
Cenggini laa rupanya jakuzi tu.. luas gak kalau nak masuk lagi 2,3 orang. 
Lepas dah puas jadi ikan paus terdampar di pesisiran pantai, kami berdua pun naik balik ke bilik dan bersiap untuk check out. Prosedur check out juga agak mudah, bagi balik resit masa check in. Lepas tu mereka akan keluarkan satu lagi resit sebab nak kembalikan duit deposit.

Setakat ni, kami berdua suka Citadines hotel dan bercadang untuk kembali di masa hadapan, In Shaa Allah.





Citadines Upland Kuching : 
Website  : [Link]
Contact  :  +60 82 281 888  
Email      :[email protected]
Address  : No 55, Jalan Simpang Tiga, 93350, Kuching, Sarawak, Malaysia.

More photos here [ Click Here ]

NTGravity : Mengumpul rezeki ke tempat lain plak...
Nokotta~!


This post first appeared on NTGravity Zone, please read the originial post: here

Share the post

#ProjekTidoLuar | Kuching | Citadines Upland Kuching

×

Subscribe to Ntgravity Zone

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×