Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

RASA KEBAS PADA JARI - JEMARI DAN TANGAN

Entry saya kali nie adalah diman berkaitan dengan pekerjaan dan juga diri saya salah seorang Blogger dalam dunia maya nie

BLOGGER PLEASE TAKE NOTE!!!

Pernah merasa sakit kebas tangan? Atau bahasa pasar iaitu rasa kesemutan.Terutamanya bahagian jari sehingga pergelangan Tangan anda. Kebas pada jari dan sekitar tangan adalah perkara biasa yang boleh berlaku terutama ketika cuaca sejuk atau posisi tangan tidak betul ketika tidur. Bukan itu sahaja malah sperti dalam kes saya rasa kesemutan ini bermula apabila saya mula push diri saya dalam bidang pekerjaan yang mana banyak bebanan lebih ke arah jari - jemari dan tangan saya.

Kebiasannya ia berlaku seketika dan pulih secara sendiri. Bagaimanapun, keadaan itu bukan berterusan sakitnya dan hanya hilang selepas beberapa minit. Selang beberapa jam, rasa sakit itu kembali menyebabkan tangan mulai kebas lalu sukar menggenggam atau memegang barangan.Urut dengan pelbagai cara pun, ia masih tidak hilang, malah makin berlanjutan hingga terpaksa dibawa untuk rawatan doktor.


Kebas


Antara punca kebas tangan :
  • Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip.
  • Guna tangan berulang-ulang dengan kuat seperti kerja di kilang dengan penggunaa jentera atau mesin.
  • Gangguan hormon seprti diabetes, tiroid, menopaus dan mungkin juga takungan cecair contohnya wanita hamil.
  • Pergelangan tangan terdapat kecederaan lama.
  • Wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki antara sebabnya banyak menggunakan tangan dan jari untuk kerja-kerja di rumah.
  • Mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
  • Saraf median pergelangan tangan tertekan dan berlakulah rasa kebas di tangan.

Kerap sakit dan kebas pada bahagian tangan dan jari kemungkinan besar disebabkan oleh Sindrom Terowong Karpus (Carpal Tunnel Syndrome).Perkara ini sering berlaku kepada golongan banyak bekerja dengan menggunakan tangan. Erti kata semua bebanan kerja adalah melalui tangan.


Apa itu Sakit Sindrom Terowong Karpus (Carpal Tunnel Syndrome)?

KebasCarpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di Pergelangan Tangan seseorang. Ia dua kali ganda lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan dalam 80 peratus kes, pesakit berusia lebih daripada 40 tahun. 

Ia boleh disebabkan oleh tekanan daripada persekitaran luar tangan atau daripada dalam terowong pergelangan tangan (‘Carpal Tunnel’) itu sendiri. Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.




Antara Kaedah perawatan:

Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh Mengurangkan Rasa Sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat “cold packs” (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.

Terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).

Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:

  • wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.
  • non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.
  • steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.

KebasKaedah pembedahan pula mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk.

Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.Langkah berkenaan dilakukan bagi membesarkan laluan saraf, selain pengambilan vitamin yang membantu peredaran darah lalu mengurangkan rasa sakit, kebas atau tidak selesa pada tangan

Pembedahan boleh memberi perubahan yang ketara pada simptom Sindrom Carpal Tunnel tetapi kadangkala kesan seperti kebas, lemah tangan dan kesakitan mungkin akan berlarutan untuk satu tempoh masa tertentu.

Adalah disarankan mengurangan penggunaan peralatan elektronik dalam tempoh lama. Ini membolehkan pergelangan tangan berehat daripada terlalu banyak melakukan bebanan.

“Sebaiknya rehatkan tangan selepas 15 minit menaip atau menggunakan komputer. Jika terpaksa menggunakan komputer pada tempoh lama untuk menyiapkan tugasan, kerap lakukan senaman regangan pada pergelangan tangan yang hanya mengambil masa kurang seminit.

“Caranya, luruskan tangan di depan dada pada laras 90 darjah. Tegakkan tapak tangan. Gunakan tangan kiri untuk menolak tapak tangan kanan ke belakang. Tahan selama 15 saat.

“Ulang perkara sama pada tangan kiri. Seterusnya, rapatkan kedua-dua tapak tangan di dada. Tekan lembut kedua-duanya dan tahan antara 15 ke 20 saat,” katanya.

Juga disarankan menggunakan pelapik yang boleh digunakan ketika menaip di komputer bagi mengurangkan bebanan dan rasa tidak selesa pada pergelangan tangan.

Bagi golongan berisiko, digalakkan menggunakan sokongan pada tangan ketika tidur untuk mengelakkan tangan terlipat.

Jika ada antara anda mengalami seperti saya terangkan maka berngat - ingatlah untuk kesihatan jari - jemari dan tangan anda.

P/s Memang tak selesa
Latest Blog : http://ladyofphilotherianism.blogspot.my/ 





This post first appeared on If WrItInG Is ThErApY ThEn I Am In!!, please read the originial post: here

Share the post

RASA KEBAS PADA JARI - JEMARI DAN TANGAN

×

Subscribe to If Writing Is Therapy Then I Am In!!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×