Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

OVERNIGHT OATS. CARA DIET MUDAH & SIHAT


Selalu tengok orang post pasal overnight Oats ni..sesambil tu tertanya gak..sedap ke bendalah ni..sampai la satu hari tu tergerak untuk try buat sendiri setelah berkoyan-koyan pic pasal oats ni lalu lalang kat wall fbku..

Disebabkan sedang berpuasa, so tekak rasa nak makan flavour masam-masam sikit..kebetulan ada belen-belan beberapa biji buah kiwi..dah baik sangat la tu, then pegi kedai jap beli bahan-bahan lain..

Alah senangnye lahai resepi overnight oats ni, sambil basuh kain pon bole buat..lagi satu, oats ni sangat membantu sapa-sapa yang kadar kolesterolnya tinggi atau yang obesiti tu. Resepi ni juga banyak khasiat, sesuai bagi yang tak boleh nak telan oats pure bulat-bulat, macam saya..tapi sebelum tu, kita tengok apa khasiat overnight oats ni pada kesihatan.

BAHAN-BAHAN UTAMA 
♡ OAT - mengandungi serat yang membantu memperlahankan proses penghadaman nutrien dalam makanan. Kekurangan nutrien menyebabkan masalah ketidakselesaan pada perut selain boleh mengakibatkan anda sembelit atau paling kronik terjadinya buasir. Paling penting, apabila anda kerap mengambil oat ia berupaya membantu mengurangkan  risiko penyakit jantung dan obesiti.

♡ YOGURT - tahukah anda, bakteria probiotik yang terkandung dalam yogurt sangat membantu anda dari diserang penyakit radang usus?  

♡ SUSU - Susu membekalkan nutrisi termasuk kalsium, kalium, fosporus, protein, vitamin A, D dan B12, yang mana melengkapkan diet harian akan membawa kesemua nutrisi penting ini ke dalam tubuh seseorang dan menjadikan peminum susu lebih bertenaga

♡ BUAH-BUAHAN -  pengambilan buah-buahan sama ada yang diimport mahu pun tempatan adalah baik dan memberi manfaat kepada kesihatan. Banyak manfaat buah-buahan dibuktikan dari segi saintifik, justeru, orang ramai tidak kira lelaki atau wanita dari pelbagai peringkat usia sentiasa digalak atau menjadikan buah-buahan sebagai satu hidangan wajib dalam menu harian.





Ok, jom la saya share beberapa resepi yang boleh korang buat untuk sarapan atau kudapan. Senang macam buat smoothie...hehe 😁😁😁😁

OVERNIGHT OATS DENGAN RASPBERRY DAN MADU

BAHAN-BAHAN
Oats (5 Sudu Teh pun dah ok)
Buah raspberry
 (ikut selera berapa banyak nak letak)
1 sudu teh madu
Plain yogurt
Susu segar rendah lemak

CARA-CARA
Campurkan oats, yogurt, madu & susu segar di dalam satu
bekas Kemudian Digaul Sehingga sebati. Letakkan
oats di dalam bekas dan hiaskan dengan raspberry.
Nak lagi sedap, simpan dalam peti sejuk selama 6 jam.


OVERNIGHT OATS CHIA SEED DENGAN MANGGA


BAHAN-BAHAN
Oats (5 sudu teh pun dah ok)
1 biji buah mangga (dipotong dadu)
1 sudu teh chia seed
Plain yogurt
Susu segar rendah lemak

CARA-CARA
Campurkan oats, yogurt, chia seed & susu segar di dalam satu
bekas kemudian Digaul Sehingga Sebati. Letakkan
oats di dalam bekas dan taburkan dengan potongan buah mangga.
Siap untuk dihidang.


OVERNIGHT OATS PISANG DENGAN KACANG HAZEL


BAHAN-BAHAN
Oats (5 sudu teh)
1 ulas pisang (dipotong dadu)
1 sudu teh chia seed
1 sudu teh kacang hazel
Plain yogurt
Susu segar rendah lemak

CARA-CARA
Campurkan oats, yogurt, chia seed & susu segar di dalam satu
bekas kemudian digaul sehingga sebati. Letakkan
oats di dalam bekas dan taburkan dengan potongan 
buah pisang dan kacang hazel. Siap untuk dihidang.


OVERNIGHT OATS BUAH KIWI


BAHAN-BAHAN
Oats (5 sudu teh)
1 biji buah kiwi (dipotong dadu)
1 sudu teh madu
Plain yogurt
Susu segar rendah lemak

CARA-CARA
Campurkan oats, yogurt, madu & susu segar di dalam satu
bekas kemudian digaul sehingga sebati. Letakkan
oats di dalam bekas, hias dengan potongan buah kiwi
Siap untuk dihidang.


OVERNIGHT OATS BLUEBERRY, LEMON DAN MADU


BAHAN-BAHAN
Oats (5 sudu teh)
Beberapa biji blueberry
Seulas lemon
1 sudu teh madu
Plain yogurt
Susu segar rendah lemak

CARA-CARA
Campurkan oats, yogurt, madu & susu segar di dalam satu
bekas. Perahkan lemon kemudian digaul sehingga sebati. Letakkan
oats di dalam bekas, hias dengan blueberry
Siap untuk dihidang.

Okey, senangkan??
Bermanfaat bagi korang yang suka supper, boleh ganti dengan mi goreng mamak atau teh tarik dah lepas ni...selamat mencuba dan berdietlah dengan cara yang sihat..








This post first appeared on DIABETES MENYERANG DI USIA MUDA..APA PUNCANYA? - J, please read the originial post: here

Share the post

OVERNIGHT OATS. CARA DIET MUDAH & SIHAT

×

Subscribe to Diabetes Menyerang Di Usia Muda..apa Puncanya? - J

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×