Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

PERLUKAH KITA JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN?


Semalam saya berkesempatan menghantar encik suami membuat Pemeriksaan Kesihatan. Itu pun sebab nak melayakkan dia untuk dapatkan lesen besar, kalau tak memang takkan buat.

Perkara pertama yang suami buat, test urine. Beberapa minit kemudian, nama suami dipanggil dan dia masuk ke bilik doktor. Setelah setengah jam menunggu, dia keluar dengan muka yang berkerut sedikit. 'Kenapa?' tanya saya. 'Diabetes'..jawabnya pendek. Alamak..patut la lately ni dia kerap haus, mungkin jugak sebab cuaca panas. Baru saya teringat, dia suka sangat teh ais, teh tarik & minuman 3 dalam 1..!! Ya! Allah..bacaan gula dalam darah hari ni 16, sangat tinggi. Adoi..appoinment selanjutnya 19 Mei ini. Harap-harap turun la bacaan gula dia.

Inilah antara sebab kenapa kita disarankan untuk buat Pemeriksaan Kesihatan, walaupun kita rasa badan kita sihat dan macam ok aja. Sebab kita tak tau, OK tu sebenarnya luaran aja..dalaman tak terjangkau dengan mata kasar!

Kenapa perlu buat pemeriksaan kesihatan?

Sangat penting!!
Terutama bagi anda yang telah memasuki zon usia 30 tahun ke atas. Satu kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa orang Melayu adalah paling kurang melakukan pemeriksaan kesihatan, sama ada di hospital atau pusat-pusat kesihatan. Kenapa pula? Sebab orang kita sering beranggapan bahawa penyakit yang dihidapi merupakan takdir dan takut untuk terima kenyataan sekiranya dijangkiti penyakit.


Persepsi ini haruslah kita ubah segera memandangkan kewujudan pelbagai penyakit tidak mengira usia yang kini menjadi masalah global. Malah telah mencatatkan peningkatan kematian secara mendadak. Kita perlu ingat, walau sekaya mana pun kita, ia tidak akan bermakna sekiranya kesihatan kita tidak dijaga. Kita harus tanamkan sikap untuk mengesan penyakit sejak seawal mungkin supaya kehidupan dan kesihatan anda & keluarga lebih terjamin.

Jalanilah pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh setiap tahun. Apa salahnya memperuntukkan sedikit wang untuk tujuan ini daripada anda terpaksa membuang beribu-ribu wang di kemudian hari untuk merawat kesihatan yang telahpun di peringkat kronik. Jom sama-sama kita fikirkan betapa pentingnya kita mengesan penyakit yang dihadapi seawal mungkin.


Pemeriksaan kesihatan percuma oleh PERKESO


Mungkin ramai yang belum tahu atau belum berkesempatan untuk buat ujian saringan kesihatan anjuran PERKESO ni. Memang sangat bagus saranan mereka terutama kepada semua pekerja yang telah mencarum. Nampak kebajikan mereka terpelihara. 

Bagi mereka yang belum lagi mendapatkan ujian saringan ini, jangan bertangguh. Lakukan sekarang..percuma pulak tu. Ramai lagi yang belum tuntut baucer percuma ni ok..




Hargai kesihatan anda, 
lakukan pemeriksaan sekarang!!




This post first appeared on DIABETES MENYERANG DI USIA MUDA..APA PUNCANYA? - J, please read the originial post: here

Share the post

PERLUKAH KITA JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN?

×

Subscribe to Diabetes Menyerang Di Usia Muda..apa Puncanya? - J

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×