Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

DOA UNTUK KALIAN, SEMOGA BERJAYA ANAK-ANAKKU

Tags: anakanak


     بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِي     

Minggu ni bermulalah peperiksaan pertengahan tahun kat sekolah anak-anak, baik sekolah agama mahupun sekolah kebangsaan. Khamis lepas, sorang demi sorang pass kat umi jadual peperiksaan masing-masing & umi pun tampal kat pintu fridge macam selalu.

jadual exam masing-masing

Macam biasa, dorang yang nak exam tapi umi yang akan hafal setiap jadual, esok ada exam subjek apa. Setiap pagi kena remind kat anak-anak pencil case dah bawak ke belum, pencil ada tak, pemadam, pembaris, pencil color..malam sebelum tidur selalunya ayah akan bagi warning untuk prepare semua peralatan. Pagi kena spot check semula samada dorang dah siapkan semua atau belum.

Sebelum ni bila anak-anak nak exam, umi akan potpet potpet suruh anak-anak study mana yang patut. Semak semula kertas-kertas ujian yang sebelumnya, tak cukup umi tambah dengan beberapa buku latihan dengan harapan anak-anak akan cemerlang dalam exam dorang.

Tapi kadang-kadang umi lupa, anak-anak bukan robot. Anak-anak bukan komputer, disket, pendrive atau seangkatan dengannya yang boleh disumbat dengan macam-macam benda. Sampai hang kadang-kadang boleh jadi korup. Kita yang dewasa ni pun boleh jadi stress dan serabut otak kalau mind kita dah full sangat, kan.

Kenapa ya?

Sebab kita selalu bangga bila anak-anak berjaya.
Sebab kita rasa malu kalau rakan-rakan, keluarga, majikan, jiran-jiran tahu sekiranya anak kita gagal dalam pelajaran mereka.
Sebab kita rasa gah bila anak-anak kita jadi sebutan dan bualan orang.
Sebab kita mahu terus dikelilingi orang-orang berpengaruh, ternama, berpangkat dan sebagainya, dengan kecemerlangan anak-anak kita.


Tapi kita tak sedar..
Anak-anak tertekan dengan tindakan kita.
Anak-anak terpaksa ikut telunjuk dan acuan yang dah kita tetapkan
Hingga mereka tiada masa untuk kawan-kawan, bermain & melapangkan minda..
Anak-anak memberontak cara kita di luar pengetahuan kita.
Anak-anak bertindak di luar batasan disebabkan syarat-syarat yang kita cipta untuk mereka.

Umi taknak zalim pada anak-anak. Kesian dorang, seminggu straight bersekolah, malam mengaji & buat kerja sekolah. Kadang-kadang sambil makan pon boleh tertidur atas meja. Kadang-kadang tak sempat makan dah tidur. Tidur dengan perut lapar. 😂😂😂 Sambung cuti hujung minggu dengan kelas tuisyen.

Kesian dorang, badan dah penat dah tentu otak pon penat kalau kita nak suruh dorang sambung study lagi. Jadi, apa yang terdaya umi buat? 

Tiada lain selain berdoa.
Sebab doa adalah senjata mukmin.
Sebab doa ibu sangat mustajab.
Sebab berdoa adalah sebaik-baik perkara yang harus kita lakukan setelah berikhtiar.

Umi yakin dengan kekuasaan Allah. 
Umi yakin dengan bantuan, pertolongan dan kasih sayang Allah.
Umi yakin Allah Maha mendengar setiap keluhan dan doa hambanya.

Oleh itu, umi selalu panjatkan doa buat anak-anak. Umi sedekahkan Al-Fatihah untuk anak-anak. Umi bacakan surah Yaasin setiap kali anak-anak ada ujian atau peperiksaan. Umi tawakkal dengan setiap ilmu yang anak-anak kutip di sekolah mereka hari-hari. 

Umi kena ubah mindset.
Umi perlu bagi ruang untuk anak-anak berehat setelah penat di sekolah.
Umi tak nak rosakkan zaman emas anak-anak dengan belajar.
Umi tak nak hilangkan senyuman di wajah anak-anak.
Umi cuma mahu anak-anak buat yang terbaik.
Umi selalu doakan yang terbaik untuk kamu, anak-anak..

Buat anak-anak Umi..
Muhamad Izz Dzahirul
Izz Waffiy Safiya
Muhamad Izz Fahish
Muhamad Izz Afeef
..
semoga berjaya di dunia dan akhirat
semoga menjadi anak-anak yang soleh & solehah
hormat kedua ibubapa
jangan abaikan tanggungjawab kepada Allah
..

Umi sayang semua..
💋💋









This post first appeared on DIABETES MENYERANG DI USIA MUDA..APA PUNCANYA? - J, please read the originial post: here

Share the post

DOA UNTUK KALIAN, SEMOGA BERJAYA ANAK-ANAKKU

×

Subscribe to Diabetes Menyerang Di Usia Muda..apa Puncanya? - J

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×