Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

7 SEBAB MENGAPA ANDA PERLUKAN SUPLEMEN

Tags: makanan atau

Salam ceria korang semua!! 😆😆😆
Cepat rasanya masa berlalu..hari ni dah masuk bulan kedua tahun 2016. Bulan lepas promo Shaklee agak hebat juga..tentu ramai yang dah cuba tamparan Vivix, penangan Zinc Complex & tak kurang hebat Vitalea for Children..

Agak-agaknye korang tau tak kenapa kita perlukan suplemen ni? Adakah kerana nak cantik Atau sesaja nak ikut kawan? 

Cuba kita lihat tumbuhan. Nak hidup tumbuhan perlukan matahari, air & udara. Tetapi jika tidak dibaja & dijaga dengan baik, tumbuhan tetap tidak dapat hidup subur. Disebabkan kekurangan baja itu, pucuk daun mungkin tidak hijau & segar warnanya, akar mungkin sudah dimakan anai-anai atau mungkin jugak buah yang ada tidak masak ranum..mungkin banyak ulat kat dalamnya..

Macam tu jugaklah bila tubuh kita kekurangan suplemen atau Makanan tambahan ni..sesetengan orang mungkin kerap diserang penyakit contoh demam, selsema atau batuk. Jom semak 7 sebab kenapa korang perlukan suplemen..

1. PENCEMARAN
- Kualiti alam sekitar kita dah tak macam 10-20 tahun lepas. Dulu kalau bangun pagi kita masih boleh nampak embun kat hujung daun, hirup udara segar & sejuk je. Sekarang ni, pepagi je kita terpaksa sedut udara yang dah dicampur bau asap kenderaan, asap kilang, asap rokok, vape & macam-macam bauan lagi. 

Kesan daripada pencemaran ini, kita mudah terdedah kepada pelbagai penyakit seperti batuk, asthma dan juga kanser.

2. PENGGUNAAN RACUN PEROSAK
- Sayur dan buah yang dijual kat mall atau pasar pun kebanyakannya telah disembur dengan racun serangga. Tu yang nampak segar lalu kita pon beli..nak buat macamana kan, terpaksa juga kena beli sebab nak makan! Ber'aircond' 24/7 pun tak bagus untuk kesihatan. Jadi konklusinya, kita perlukan suplemen untuk gantikan semula nutrien atau vitamin-vitamin yang hilang.


kannn?

3. GAYA HIDUP TIDAK SIHAT
- Zaman sekarang ni semuanya kena pantas, kalau lambat nanti kita ketinggalan banyak perkara. Oleh sebab itu jugalah, kita lihat kualiti makanan yang kita makan telah terkena tempiasnya. Contoh lambakan restoran makanan segera, makanan dalam tin, makanan sejuk beku dan macam-macam lagi. 

Akibat pusingan hidup dan tuntutan kerja yang pelbagai, dah banyak kita lihat kes-kes kematian mengejut berpunca daripada stress, kurang bersenam, suka makan makanan yang tak seimbang dan makan tidak ikut waktu. Merokok, minum alkohol dan terlalu banyak menonton TV atau melekat kat gadget jugak menyumbang kepada faktor ini. 

4. KEHILANGAN NUTRIEN DALAM MAKANAN
- Nutrien atau zat dalam makanan boleh hilang disebabkan masakan itu dimasak sehingga layu (sayur) atau over pressure. Jadi, macamana tubuh kita nak membesar dengan baik sekiranya kesemua zat-zat penting dalam makanan tu dah hilang?

5. MAKAN IKUT NAFSU
- Mana satu yang betul..makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Kat Malaysia ni macam-macam makanan kita boleh jumpa terutama sekali bila tiba time Ramadhan..kat bazar tu kadang-kadang tak perasan kita boleh berhabis sampai beratus-ratus ringgit! Kebanyakan makanan yang ada tu pulak tinggi kandungan karbohidratnya. Inilah salah satu punca terjadinya banyak penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan stroke. 




6. DOS YANG TINGGI 
- Disebabkan keadaan pencemaran yang teruk, pola pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat telah menyebabkan pertahanan sistem imun kita menjadi sangat lemah dan rosak.

Sesetengah orang memerlukan dos yang tinggi melebihi tahap dibenarkan untuk menyerap semula nutrien yang diperlukan dalam badan. Untuk mempertahankan atau menguatkan semula sistem imunisasi, korang boleh dapatkan Nutriferon Shaklee, tengah promo sepanjang Februari ni tau!!

7. GANGGUAN PENYERAPAN NUTRISI DARIPADA MAKANAN
- Kebanyakan daripada kita pada masa kini terpaksa menjalani gaya hidup serba pantas, serba mudah & serba segalanya terutama bagi golongan wanita berkerjaya. 

Dengan adanya makanan sejuk beku atau makanan segera memang ia dilihat sangat membantu sebab, balik kerja aja terus panaskan. Tak perlu tunggu lama atau paling mudah pesan aja McD ke, Pizza ke atau apa saja! Tetapi kesan di sebalik serba mudah ni, kita sebagai pengguna sebenarnya tidak dapat menikmati jumlah nutrisi yang sepatutnya diterima oleh tubuh badan. Akibatnya korang kerap la diserang flu, demam, batuk, rasa letih dan sebagainya.

So, apa tindakan korang selanjutnya? Apa yang korang fikirkan dan tentukan sangat mempengaruhi kesihatan tubuh badan korang sebenarnya. 


fikir-fikirkan lah ya!!



This post first appeared on DIABETES MENYERANG DI USIA MUDA..APA PUNCANYA? - J, please read the originial post: here

Share the post

7 SEBAB MENGAPA ANDA PERLUKAN SUPLEMEN

×

Subscribe to Diabetes Menyerang Di Usia Muda..apa Puncanya? - J

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×