Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Press statement from Ministry of Education regarding school bullies

Sekolah Dilarang Sorok Kes Buli

Berita Harian
30 June 2006
PENTADBIRAN sekolah yang didapati menyembunyikan masalah disiplin pelajar, termasuk kes buli, daripada pengetahuan Kementerian Pelajaran akan dikenakan tindakan.

Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata ia sejajar arahan sebelum ini yang menegaskan pihak pentadbiran sekolah tidak boleh melindungi Masalah Disiplin pelajar termasuk kes buli di sekolah masing-masing.

“Tindakan akan diambil terhadap pentadbiran sekolah jika didapati ada masalah tetapi mereka tidak melaporkannya kepada kementerian,’ katanya di lobi Parlimen, semalam.

Beliau diminta mengulas pendedahan terbaru kes buli di sekolah membabitkan pelajar perempuan di sekolah di Miri, Sarawak, yang dirakam menerusi kamera telefon bimbit.

Noh berkata, Kementerian Pelajaran tidak berniat untuk menyembunyikan masalah disiplin sedemikian kerana gejala itu akan terus berlaku.

“Sesiapa saja boleh melaporkannya. Kita nak telus dan tak nak sorok-sorok,’ katanya.

Noh berkata, beliau akan mendapatkan laporan lanjut berhubung kes buli di sekolah di Miri itu, termasuk rakaman insiden berkenaan sebelum mengambil tindakan susulan.

Bagaimanapun, katanya, larangan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah masih berkuat kuasa.

Noh berkata, Kementerian Pelajaran sudah mengeluarkan arahan supaya PIBG turut menduduki lembaga disiplin sekolah dan menjadikan agenda menangani Masalah Disiplin Pelajar sebagai salah satu agenda mesyuarat persatuan itu.

Katanya, setiap pelajar yang menghadapi masalah disiplin juga akan diwajibkan mengikuti kursus pemulihan jati diri di kem dan pusat kokurikulum yang akan diwujudkan di seluruh negara.

“Kementerian Pelajaran sudah mengadakan kerjasama dengan PIBG serta menjalin permuafakatan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani masalah disiplin di sekolah.

“Sehubungan itu, semua Pejabat Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah mesti mengadakan permuafakatan serupa dengan polis dan pihak berkuasa tempatan untuk tujuan itu,” katanya.

Category : Press Statement
This page has been viewed : 27
This page was updated : 30 June 2006

Further information :
Information Technology and Communication Division
Ministry of Education Malaysia

Another video of a bunch of boys beating up a victim just surfaced. You can view them through this link. However, be warned of horrific graphics. I am pasting the press statement from the Ministry of Education and let’s see how this matter is dealt with.

Originally posted 2006-06-30 15:31:06.



This post first appeared on Mom’s Daily, please read the originial post: here

Share the post

Press statement from Ministry of Education regarding school bullies

×

Subscribe to Mom’s Daily

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×