Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Perodua Bezza Sedan 2016


Perodua Bezza didatangkan dalam lima varian, iaitu 1.0L Transmisi Manual dan Automatik, 1.3L Premium X Transmisi Manual dan Automatik serta 1.3L Advanced Version Transmisi Automatik Varian Perodua Bezza 1.3L Advance dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), iaitu fungsi keselamatan yang mengesan dan mengurangkan gelinciran yang membolehkan pengguna mengekalkan kestabilan semasa memandu. 
Varian ini juga didatangkan dengan Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Tarikan (TRC) yang membolehkan pemandu mengekalkan daya tarikan di atas jalan yang licin Satu lagi ciri-ciri pertama bagi Perodua adalah butang mula/henti dengan kunci pintar yang hanya boleh didapati dalam varian 1.3L. Dari segi multimedia, varian Perodua Bezza 1.3L Advance dilengkapi dengan alatan mudah alih multimedia yang membolehkan pengguna mengakses media sosial dan hiburan daripada gajet Android ketika kenderaan berada dalam keadaan statik Pautan

(Klik Gambar untuk lebih jelas)
Presiden dan Pengarah Urusan PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata Bezza disasarkan untuk mereka yang berhasrat untuk menukar kereta, terutama pasangan yang baharu berkahwin dan muda.
"Berdasarkan harga mampu milik dengan kualiti global, kami yakin sedan baharu ini akan mendapat sambutan baik daripada pembeli," katanya pada taklimat media sempena sesi pandu uji Bezza untuk media di sini, hari ini.
Tempahan untuk Bezza dibuka  dan Perodua dijadual melancarkan model sedan Perodua Bezza itu secara rasmi dalam majlis pelancarannya pada 21 Julai 2016. 
Harga

Aksesori

Warna

PERODUA Bezza didatangkan dengan enam warna, menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam iaitu ‘sugar brown’, biru laut, ‘lava red’, ‘ebony black’, ‘glittering silver’ dan ‘solid ivory white’  



Keselamatan



Program Penilaian Kenderaan Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP) mengeluarkan kenyataan berkenaan kedudukan kenderaan terbaharu keluaran Perodua iaitu Bezza. Ia adalah kenderaan sedan pertama dan juga kenderaan pertama yang dilengkapi dengan Electronic Stability Control (bagi varian tertentu) syarikat itu.

Ini adalah antara keputusan Bezza dalam ujian penilaian tersebut

  • mencatat 15.38 mata dalam penilaian Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP)
  • 5 bintang dalam kategori AOP (hanya untuk varian dengan Dua Sistem Peringatan Tali Pinggang Keledar Hadapan (SBR) dan Electronic Stability Control (ESC) sahaja
  • 4 bintang dalam kategori AOP untuk varian lain
  • 85% pematuhan dalam Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP)
  • 4 bintang dalam kategori COP – antara penyumbangnya adalah Bezza dilengkapi secara standard dengan ISOFIX dan penambat atas bagi tempat duduk kanak-kanak
  • Bezza datang dengan beg udara berkembar hadapan dan SBR untuk pemandu secara standard

 “Dengan semua ciri ini dan kedudukan 5 bintang yang dicapai oleh Perodua Bezza varian dengan ESC, ia pasti berada di kedudukan yang kompetitif berbanding dengan pesaingnya,” kata Pengerusi ASEAN NCAP, Prof. Dr. Wong Shaw Voon.


Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah anda pergi di kedai perodua yang berdekatan.











Sumber : bharian,careta.my


This post first appeared on Tutorial Blogger, please read the originial post: here

Share the post

Perodua Bezza Sedan 2016

×

Subscribe to Tutorial Blogger

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×