Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Taat kepada negara perlu diutamakan

Ketaatan Kepada negara oleh rakyat adalah suatu yang perlu dipraktikkan dengan penjelasan yang boleh difahami oleh segenap lapisan masyarakat. Ketaatan kepada pemerintah secara membuta tuli boleh menumbangkan sesebuah negara, jika sekiranya erti ketaatan itu disalahtafsirkan oleh rakyat ataupun golongan yang sedang mempergunakan nama pemerintah untuk kepentingan politik mereka.

Perlu kita faham dari sudut penubuhan, dengan hanya mempuyai sebuah negara, maka barulah pemerintah wujud bagi memerintah dan mentadbir negara tersebut. Dan jika sekiranya pemerintah itu menyalahgunakan kuasanya dan berlaku kejam terhadap rakyat dengan penindasan serta meletakkan kepentingan dirinya di atas maruah negara, maka pemerintah tersebut harus disingkir ataupun digulingkan bagi memulihkan negara tersebut. Inilah yang disebut taat kepada negara perlu diutamakan dengan sewajarnya.

Banyak contoh daripada sejarah yang boleh kita pelajari, misalannya pada zaman pemerintahan dinasti Qing di China, Maharaja Qing telah banyak menggadaikan negaranya kepada beberapa buah kuasa-kuasa asing dan para pegawai dirajanya menerima rasuah, menyalahgunakan kuasa serta menindas rakyat jelata, sehinggalah pada tahun 1911, golongan nasionalis di bawah pimpinan Dr Sun Yat Sen melancarkan revolusi menggulingkan dinasti Qing dan seterusnya menubuhkan sebuah Republik China yang baru. Perbuatan ini tidak dianggap derhaka tetapi ianya lebih kepada taat setia kepada negara.

Contoh yang seterusnya, Raja Romania Victor Emanuel digulingkan oleh rakyat Romania pada tahun 1945 kerana baginda sanggup menggadai negaranya kepada Nazi Jerman sewaktu perang dunia kedua. Pemerintah Perancis Raja Louis digulingkan oleh rakyatnya dan seterusnya digantung sampai mati kerana kekejaman baginda dan golongan bangsawannya yang telah banyak menindas rakyat jelata.

Oleh yang demikian ketaatan kita kepada negara perlulah diutamakan dan tidak disalah ertikan sebagai tidak taat kepada pemerintah. Perlu kita ingatkan, jika tidak ada negara, maka pemerintah tidak akan wujud.

Apa gunanya kita taat kepada pemerintah jika sekiranya negara itu diambang kejatuhan akibat perbuatan pemerintah itu sendiri?



This post first appeared on Berubah Untuk Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Taat kepada negara perlu diutamakan

×

Subscribe to Berubah Untuk Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×