Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Thank You AirAsia :)

Assalamualaikum and Hi Uollss..

Haritu 16/8/2016 lagi dah balik Kelantan. Tapi tak hapdate blog sebab sebok pi makan tido je keja kami. Hahahaha

Amik AirAsia balik Kelantan sebab tiket RM18. Hiksss.
Rugi laa kalau lepaskan peluang ni. Di sebabkan flight pukul 8.30 malam dan 2 kali aku naik dan 2 kali jugak delay, so aku change tradisi amik flight pukul 7.30 malam pulak. Beza 1 jam je pon :p.
Usually, flight ni tak delay. Yang pukul 8.30 tu selalu bermasalah. Agak rush la kan dengan nak solat maghrib lagi..

Tiket ni pun beli dalam seminggu sebelum depart jee. Okay laa tu. Sengaja beli masa tu sebab mak aku kata selagi tak beli tiket RM18, tak payah balik Klantan. Hahaha.
Aku dengan pasrah dok je la kat KL umah abang aku tu.

Aku bertolak dari umah kat Subang pukul 3 petang macam tu laaa.. Memang awal sangat sebab aku naik bas rapid dan LRT ke KL Sentral. Memang kena awal sikit la kan.
Agak bermasalah bila pukul 2 petang baru nak packing. KahKahh ~~ Gila jugak la jadinya kejap. Tapi takpa, packing sikit je, sebab banyak barang yang aku tinggal kat situ je. Ye laa lagi 2 minggu datang KL semula untuk semester baru. After dah siap semua tu dalam pukul 2.45 petang dah. Dah rasa lambat gila dah sebenarnya ye la sebab dari rumah ke KL sentral dah sejam. Dari KL Sentral ke KLIA2 pun lebih kurang sejam ++ .. Risau jalan jammed satu sebab masa orang balik keja.

Nak dijadikan cerita masa atas bas aku cuba bukak luggage. Sekali nombor code tak kena der. Adoooi. Rasa dah betul nombor tu. Aku dah cuba dari 000-999 kot gila tak dapat langsung. Then turun dari bas kat LRT Ara Damansara and ke KL Sentral naik LRT sebab kalau naik bas ambik masa lama. Dalam LRT pun skali lagi cuba and yes got it. Ambik masa dalam 5 minit. HAHAHA.
Lega wehh.. Pastu sampai KL Sentral cari KFC dulu sebab lapaq gila ni.. Dah beli tu aku turun kat shuttle bus yang ke KLIA tu. Kalau beli tiket bas kat situ harga dia RM11. Tapi kalau korang beli melalui AirAsia masa booking flight tu, dapat la RM8.90. Jimat okeeey.. Korang boleh print itinerary atau bagi je dalam bentuk PDF kat fon. Aku bagi fon je sebab malas nak print :D ..

Journey to KLIA2 masa tu amik masa dalam sejam 15 minit. Baru brangan nak gigit KFC dalam bas, tapi awal-awal lai pak cik tu cakap makanan letak depan -_-. Kami redoo !!
Dah sampai KLIA2, of course on Pokemon Go dulu. Hahahaha. Takde laa over sangat. Saja bukak dan berjalan je laa sampai terminal. Lepas tu aku makan KFC dulu. Tengok-tengok dah nak 6.30 pm. Ceeeiit, tak sempat nak berpokemon. Cepat sangat waktu berlalu.


Lepas check security, tengok jam dah lewat. Flight depart 7.30 pm. Tapi gate belum open. Kali ni dapat gate tengah sikit K12. LOL !! Risau ekceli sebab takkan semua nak delay. Hihi

Sampai gate and the flight was there.. Ahhh lega babes sebab maybe tak lama lagi naik la tu.
Then gate baru bukak dalam pukul 6.45 pm gittew ~~. Aku sampai tu orang baru bratur nak masuk ke lounge.. 

Okeeey after that selpi dulu. KahKaaahh

Duduk tak sampai 10 minit pun terus panggil boarding. Dalam hati rasa macam yeeeay tak delay sebab aku penat kot.. Then bila jalan tu sorang FA tanya aku, Johor Bharu ? Aku macam teragak-agak, gilaa kejap jadinye. Aku cakap no, then he replied, Kota Bharu ? Aku angguk jee and terus jalan masuk cabin. 

Okey Cabin crew arm all doors and we are now ready for departure..
Lepas dah kate camtu, memang dah bersedia untuk berlepas laaa.. Kali ni rasa macam kejap gila tunggu. Sebab sampai pun dah lewat kot. Biasanya aku sampai awal lagi.
Then mendarat pada jam 8.25 pm. Awal dari jangkaan :P .. 
Hihihi.. Experience kali ni rasa best skit dari sebelum ni. Tak tau la kenapa. Sebab mood aku okey tu, sebab tu aku rasa gembira je kan.

Huhuhu. Okey ni je laaa dari aku yee.. TQ :)










This post first appeared on Dreaming Big Enough, please read the originial post: here

Share the post

Thank You AirAsia :)

×

Subscribe to Dreaming Big Enough

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×