Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

KEK LAPIS ROTI TELUNJUK


Bahan:

16 ozs. Mentega
10 biji Telur ayam
1 tin susu manis
1 cawan Milo
1 tin kecil kaya
1 Sudu Teh esen vanilla
1 gelas gula halus
1½ gelas tepung gandum
1 Sudu the baking powder
Roti telunjuk secukupnya
½ sudu teh browning


Cara-cara membuatnya:
                                                Pukul mentega dengan gula hingga putih (kembang). Telur dipukul berasingan hingga kembang. Selepas itu campurkan Adunan mentega/gula dengan telur tadi. Seterusnya, masukkan tepung, susu manis, baking powder dan vanilla. Kacau rata adunan hingga sebati.
Adunan dibahagikan kepada 2 Bahagian sama rata. Bahagian yang pertama, campukan dengan serbuk Milo dan  ½ sudu teh browning. Bahagian ke-2, campurkan dengan kaya dan warnakan dengan pewarna hijau.
                                                Sedia Acuan dan kukus/bakar mana-mana bahagian dahulu dan susun roti telunjuk di atas adunan pertama dan seterusnya lapisan kedua, berlapis-lapis sehingga adunan habis dan masak.

*Sebelum memasukkan adunan kedalam acuan:
- potong kertas minyak mengikut saiz acuan
- masukkan kertas yang telah dipotong kedalam acuan
- sapukan sedikit marjerin pada setiap bucu acuan
(ini adalah bagi menggelakkan kek melekat pada acuan)


This post first appeared on Sharing Is Caring...., please read the originial post: here

Share the post

KEK LAPIS ROTI TELUNJUK

×

Subscribe to Sharing Is Caring....

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×