Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Initiative Q - Network Pembayaran dan Matawang Masa Depan?


Jika anda mengenali saya secara peribadi anda tahu bahwaw saya tidak akan memesan apa-apa, makan di mana-mana, atau melayan sebarang perniagaan sehingga saya telah membaca sekurang-kurangnya lima review atau ulasan dari Mereka mereka yang telah mencuba, dan saya pasti saya tidak bersendirian. 92% pengguna kerap membaca ulasan (review) sebelum membuat keputusan untuk membeli. 

Dan jika anda pembaca rakan saya, rasanya anda seperti saya, yang mungkin akan mempunyai keraguan yang nyata dalam membelanjakan wang untuk sebarang produk atau perkhidmatan dengan ulasan yang lemah. 

Haaaah...Itulah masalah untuk banyak perniagaan dan usahawan online sekarang ni. Tetapi bagi saya masaalah cuma persoalan yang tidak terjawab...jadi tak lah runsing sangat dengan masaalah ini kerana jawapan memang tersedia ada, cuma masa dan cara harus dicari untuk mempraktikan teori teori Pemasaran kepada jenis perniagaan rakan rakan niaga saya sahaja. Namun topik ini saja memerlukan satu blog post tersendiri yang akan saya muat naik untuk masa depan.

Walaupun banyak kita membaca ulasan dalam talian, tidak banyak pula saya menulis ulasan dalam talian, kecuali apabila kurang senang dengan layanan atau produk...erk ye saya sebegitu. Setelah lama saya berniaga secara online pelanggan yang berpuas hati, ataupun pelanggan tegar saya rata-rata tidak akan meluangkan masa untuk menulis ulasan, tetapi pelanggan yang marah atau kurang berpuas hati sering akan melepaskan 'ulasan' diri melalui Google, Facebook, dan lain-lain. 

Blogpost saya kali ini ingin memberi pandangan mengenai, Projek Matawang Initiative Q.  Ia projek Matawang Terkini yang telah berjaya menjadi perbualan hangat , trending dan viral di seluruh laman sosial web baru baru ini. Ramai pengkritik teragak agak dalam promosi oleh 'recruters' kerana ia berbau 'scam'. Saya pula tidak layak untuk memberi pandangan dalam kesahihan projek ini, yang di katakan di mulakan ataupun sedang dijayakan oleh orang orang kuat di belakang 'Paypal' suatu ketika. Saya tertarik dengan tuntutan mereka bahawa Projek Matawang Initiative Q ini  bahawa mereka sedang "membina matawang sedunia masa depan" Building the payment system of the future. 



Projek Initiative Q dikatakan akan terdiri daripada mata wang persendirian yang dipanggil Q. Ketika ini syarikat sedang memberikan 'peluang' ini secara percuma. Untuk menyertai dalam senarai mereka, anda memerlukan jemputan! 

Wow sebagai pemasar atas talian saya kagum kerana syarikat ini telah berjaya menanamkan perasaan 'act now' atau lakukan segera untuk membolehkan orang menyertai. (Missing out if you don't) Hakikatnya, Mata wang Q kini tidak bernilai apa apa pun, tetapi pereka atau pembina platform mendakwa ia akan digunakan sebagai mata wang sejagat pada masa akan datang, sasasaran mereka agar nilainya akan bermula dengan US $ 1 (RM 4.16) untuk 1Q.

AMARAN : Model Pemasaran Multi Level
Para pengkritik menyamakan model pemasaran sebagai model pemasaran Multi Level walaupun syarikat tidak meminta sebarang penukaran wang ketika ini. Hakikatnya ia meminta 'sign up' dan memasarkan projek ini sebagai 'matawang masa depan'. Sehingga dan cuma jika secukup orang mendaftar, mata wang Q itu tidak bernilai apa apa pun. Tambahan pula Initiative Q bukanlah sejenis crytopcurrency walaupun diwar warkan sebagai 'bitcoin' kedua.  What is there to lose?  Mungkin tiada apa tetapi mungkin data anda berisiko jika anda berdaftar. Maklumlah, dalam dunia online serta pemasaran maklumat amat penting. Secara jujurnya saya tidak dapat menjumpai apa apa masaalah di dalam laman mereka tentang polisi persendirian, (privacy policy) anda boleh bacanya sendiri dilaman mereka. Tetapi saya merasakan ianya sama seperti kebanyakkan peluang online, yang semuanya berisiko. Nyata memang baru sangat diwar warkan Projek Matawang Masa Depan Initiative Q ini dan tiada pula dapat saya cari aturan tetap tentang kegunaan maklumat dimana mana. Itulah kerisauannya, pada jumlah besar senarai alamat emel yang telah mereka berjaya kumpul. What are they going to do with it?

Dari segi pemasaran dan model pemasaran , saya amat kagum dengan pasukan yang telah menjayakannya. Mereka dikatakan mendapat sejumlah 3 juta 'sign up' dalam masa 3 bulan!  Sudah pasti saya juga telah menyertai kerana ingin melalui 'proses' pemasaran mereka yang saya rasa cukup lengkap dan saya juga berpendapat pihak syarikat harus memberi pasukan pemasaran mereka bonus kerana berjaya menjalankan tugas pemasaran dengan cukup sempurna. Semua maklumat syarikat, projek, visi mereka telah mereka paparkan dilaman web mereka yang anda sendiri boleh layari disini. Samaada ianya sahih tidak masih tidak terjawab, Apa yang telah berjaya dilakukan Q Inisiatif ialah menaikkan pengunjung, dapatkan penonton sebelum mereka mempunyai apa apa produk pun. Is it scam? or sheer genius? Anda putuskan sendiri.







This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Initiative Q - Network Pembayaran dan Matawang Masa Depan?

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×