Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Wang Tunai Segera : Dompet Lazada

Lazada membuka ruang kepada semua untuk menggunakan e-wallet (Lazada Wallet). 

Baru-baru ini, Lazada membuka peluang kepada semua untuk menggunakan e-wallet baru mereka yang menyenangkan transaksi di platform Lazada. 

Tiga faedah Menggunakan e-wallet Lazada adalah :
  1. pulangan wang tunai (cashback) segera pada hari Selasa, 
  2. proses bayaran balik yang lebih cepat, dan 
  3. top-up di kedai 7-Eleven menggunakan MOLPAY. 


E-Wallet Lazada tersedia melalui aplikasi telefon pintar dan memudahkan pembayaran mana mana pembelian di Lazada. Cuba muat turun dan dapatkan aplikasi Lazada di platform Lazada itu sendiri.

Setahui saya, setakat ini tiada pula pengumuman rasmi tentang memperkenalkan Lazada Wallet ini, saya berpendapat mungkin mereka ingin menjadikan penggunaan platform mereka ini lebih cepat, lebih selamat, dan mudah. Kualiti 'tambah nilai' yang sering dipantau untuk menyenangkan pengguna platform Lazada. 

Pengguna platform yang berminat dengan Lazada Wallet boleh mendaftar untuk perkhidmatan menggunakan akaun Lazada yang sedia ada, setelah mendaftar pengesahan e-mel akan dilakukan. Setalah selesainya 2 langkah aktivasi ini, pengguna boleh terus menjalankan transaksi. Mulakan dengan meningkatkan baki melalui aplikasi telefon pintar ataupun desktop.



Muat turun disini

Empat faedah yang saya dapati menggunakan Lazada Wallet termasuk:

  • Pemeriksaan baki yang cepat. 
  • Mampu menggunakan kad kredit / debit atau perbankan dalam talian untuk membuat tambah nilai (top-up)
  • Membenarkan khalayak ramai yang tidak mempunyai akaun bank untuk juga menggunakan Lazada. Tambah Nilah juga sesuatu transaksi boleh menggunakan MOLPAY di rangkaian kedai 7-Eleven. 
  • Boleh menerima bayaran balik, terus ke akaun dompet. Tidak perlu berunding dengan pengeluar kad kredit.


Untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan tersebut, Lazada memulakan kempen pemasaran yang dipanggil "Wallet Tuesdays". Kempen ini menjanjikan ganjaran pulangan wang tunai balik sebanyak 10% (sehingga RM20) dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM100. Pulangan ini hanya sah dipakai untuk pembelian pada hari tertentu, iaitu Selasa. 



Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Lazada Wallet (FAQ) dan ciri ciri terperinci cara penggunaannya boleh dibaca di laman utama Lazada,  disini. 

Buat masa ini tiada pula maklumat yang boleh didapatkan melainkan apa yang tertulis di laman Lazada, tetapi saya berpendapat lebih maklumat tentang keupayaan juga penggunaan Lazada Wallet apabila promosi ulang tahun ke 6 Lazada tidak lama lagi. 

Ketahui Lebih Lanjut


This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Wang Tunai Segera : Dompet Lazada

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×