Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tiada Bajet Pemasaran? Curi dan terus guna 7 tip pakar ni



Setiap perniagaan tak kira besar atau kecil terjerumus dengan pemasaran online, media sosial yang sentiasa dibanjiri info adalah alat komunikasi yang berkesan untuk menceritakan tentang perniagaan atau servis syarikat. 

Tetapi jika tidak berhati hati, ada yang pasti akan tersekat seketika kerana pilihan strategi pemasaran online yang tersedia memang banyak sekarang ni. 

Tahukah anda platform manakah yang baik untuk Perniagaan anda? Strategi manakah yang paling berkesan?

Maaf terlebih dahulu tetapi "kekurangan bajet" tidak boleh menjadi penghalang buat mana mana perniagaan untuk menarik perniagaan baru atau pelanggan baru bila berniaga online. Jangan pula tunggu sehingga perniagaan dah jaya baru nak fikirkan pemasaran. 

Setelah maju nanti boleh anda dapatkan bantuan agensi pemasaran untuk mengendalikan tugasan itu tetapi pemasaran online mesti dijalankan segera jika anda ingin jayakan perniagaan online.


Gunakan 7 tip pakar ini untuk membantu mengembangkan perniagaan dengan segera.

1. Senaraikan Laman anda di Laman Penyenaraian Tempatan

Sekiranya anda belum senaraikan perniagaan anda di Google, Bing dan pelbagai direktori lain, anda akan kehilangan pengunjung Laman Web (atau pelanggan berpotensi), mungkin panggilan telefon dan juga lawatan ke lokasi anda. Terdapat beberapa senarai percuma yang boleh membantu perniagaan anda mendapat pendedahan dalam talian, jadi pastikan anda memanfaatkannya. 

Berikut adalah 2 contoh untuk membantu anda memulakan penyenaraian:

Perniagaan Saya di Google
Yellow Pages

2. Audit SEO On-Page anda

Dalam membantu Laman web untuk menjadi lebih 'mesra' di enjin carian, pastikan halaman web di auditkan mengguna audit SEO. Pastikan setiap halaman anda dioptimumkan dengan betul untuk kata kunci, percayalah ini akan membantu perniagaan anda supaya ditemui nanti dalam hasil carian. 

Keyword Planner membantu penyampaian maklumat pada pelanggan sasar
SEO audit dapat membantu anda meningkatkan prestasi dan carian laman web anda.

3. Bina Senarai Pemasaran E-mel

Membina senarai e-mel, yang bertarget tinggi untuk pelanggan berpotensi dan pelanggan semasa membolehkan sesuatu peniagaan itu berhubung dan berinteraksi dengan mereka tentang jualan atau promosi terkini. Tujuan utamanya supaya jenama perniagaan itu nanti sentiasa segar diingatan. Dan apabila mereka bersedia untuk membeli , perniagaan anda adalah pilihan pertama yang mereka akan fikirkan.

Contohnya buat tawaran 'opt-in' yang mudah di laman web perniagaan dan tawarkan sesuatu yang bernilai seperti "pemotongan 30% untuk pembelian awal" ataupun "kupon kupon khas". Hantar mereka ke opt-in yang mudah dimana nama dan e-mel mereka boleh dikumpul, kami cadangkan penggunaan MailChimp. 

4. Pastikan Aktif di Media Sosial

Bila aktif di media sosial ia akan membolehkan perniagaan berhubung dengan komuniti online dan perniagaan boleh kenalkan jenama atau servis pada komuniti. Gunakan media sosial sebagai alat untuk membantu pelanggan berpotensi supaya mengetahui apa yang ditawarkan oleh perniagaan anda. Jadi pastikan laman laman sosial anda semua telah dikemas kini dengan post post berkaitan dengan penjualan produk atau perkhidmatan perniagaan. Pendekatan ini akan menarik minat mereka dan menyebabkan mereka secara semula jadi menyemak apa yang ditawarkan oleh perniagaan anda.

5. Blog

Blogging secara keseuluruhannya dapat membantu perniagaan untuk membina 'kuasa' dalam talian. Ia juga dapat meningkatkan jangkauan organik anda dalam hasil carian. Ia memberikan kandungan pada pelawat untuk 'berinteraksi' apabila mereka mendarat di laman blog anda. Gunakan platform Blog untuk membincangkan topik yang menarik minat bakal pelanggan anda.

Blog juga boleh membuat duit untuk perniagaan sila lihat catatan blog "Buat Duit Segera Pilihan Bijak Blogger" 

6. Pelajari Data dari Google Analytics anda

Akaun Google Analytics anda dapat memberi anda maklumat yang tidak ternilai tentang pengunjung laman web anda. Fahami apa yang mereka lakukan apabila mereka sampai ke laman web anda dan dari mana mereka datang boleh membantu anda mengalihkan usaha anda ke tempat yang menghasilkan trafik online yang berkualiti tinggi. Selalulah perhatikan akaun Analytics anda kalau boleh setiap hari! Buka akaun anda disini >> Analytics

7. Adakan Hubungan Dengan Media Tempatan

PR dan SEO harus anda tangani, kerana jika perniagaan anda dapat memperoleh pendedahan media setiap masa, anda berpotensi untuk menarik pengunjung laman web baru serta memperoleh pautan berkualiti tinggi ke laman web anda (backlinks). Kenalkan diri ke Stesen TV tempatan dan penerbitan berita online adalah permulaan yang hebat. Setelah hubungan dibuat, umumkan pada mereka bahawa anda bersedia untuk memberikan review atau ulasan tentang industri anda jika mereka memerlukannya. Saya mendapati perkenalan sebegini menghasilkan kenalan media yang berkualiti, cubalah. 




Baiklah jika anda nanti punyai bajet untuk mendapatkan bantuan profesional, segeralah minta bantuan kerana, kerja belakang tabir ni memang agak rumit, terutama sekali mendapatkan ranking tinggi di enjin enjin carian. Dengan mendapatkan bantuan konsultan - ia membolehkan anda untuk fokus 100 peratus pada usaha menjalankan perniagaan, sementara keseluruhan strategi pemasaran dalam talian pula pasti terjaga. Jika anda masih belum punyai bajet untuk bantuan professional, gunakan saja 7 tip ini untuk memulakan strategi pemasaran perniagaan anda. Untuk pembacaan lanjut anda boleh refer ke laman Amazon kami ataupun Kinokuniya yang punyai bermacam macam buku tentang memulakan perniagaan online.

Sementara itu layan dulu video : The New Science of Marketing









.
 


This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Tiada Bajet Pemasaran? Curi dan terus guna 7 tip pakar ni

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×