Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Langkah langkah jayakan iklan di Google

Penetapan yang boleh jayakan kempen iklan Google Adwords.

Sering sangat ditanya cara penetapan yang boleh jayakan kempen iklan Google Adwords. Ingin saya katakan seikhlasnya bahawa elemen untuk jayakan kempen kempen adwords memang banyak, maka percepatlah pembelajarannya supaya boleh cepat meraih keuntungan.

Untuk menjayakan sesuatu Kempen , ataupun cerita belakang tabir pengiklanan di Adwords memerlukan perancangan rapi serta pemikiran strategik. Pengiklan juga perlu banyak bersabar, kerana permulaannya memang agak sukar. Baiklah untuk meringankan sedikit bebanan itu mari kita sama sama melakukan sesuatu kempen langkah demi langkah, kearah kejayaan kempen Google Adwords, inshaallah

Bajet

Setelah mendapat kelulusan bajet bulanan dari pengawal kewangan, buatkan pula persediaan bajet harian di Adwords, sebagai contoh mula dulu dengan jumlah $10 ringgit.

Kemudian pula fikirkan tentang lokasi pelanggan anda.

Secara fisikalnya, fikirkan dimana mungkin pelanggan anda berada? Sekiranya perniagaan anda cuma beroperasi di Malaysia, (seluruh Malaysia) pilih terus "Malaysia". Ditajuk "networks" didalam penetapan adwords pilih juga "search network only". Pilihan ini akan memastikan iklan anda hanya dipaparkan di carian Google dan seluruh rangkaian mereka, dan bukan di paparkan diatas laman laman web yang serupa dengan bidang anda.  (Buat dulu yang ini, setelah selesai nanti kempen #1 Jayakan Adwords ini, cuba pula pilih jenis rangkaian "Display Network" supaya boleh nanti dibuat perbandingan)



Jangan lupa pilih "Ad Extensions" , saya lebih cenderung dengan pilihan nombor talipon dan alamat laman untuk ditunjukkan di semua iklan Google nanti, jadi pilih sahaja "Site Links" dan "Call". Selesai membuat pilihan tekan sahaja butang "save & continue". Ok selesai sudah bahagian pertama persedian iklan yang jaya di Google menggunakan Adwords, seterusnya kata kunci.


Kata Kunci

Sekarang namakan Ad Group pula, contoh "#1 Jayakan" Masukkan katakunci pilihan anda dilaman ini juga. Google akan memberi cadangan dan tip katakunci mereka, tapi ditahap ini jangan risau dulu tentang cadangan yang diberi, (anda boleh buat yang lain). Sekiranya anda tidak nyatakan Google nanti akan secara automatik memaksimumkan CPC anda. Untuk jaya di Adwords, anda harus sentiasa bandingkan iklan iklan anda sesama sendiri, sekiranya tidak anda tidak akan tahu 'arah' sesuatu kempen itu. Sebab itu, setelah iklan pertama anda diluluskan buatkan terus iklan kedua. 



Apa yang penting untuk difahami disini, adalah bahawa asas menjayakan iklan di Google, pastikan ada struktur. Secara gambaran ini yang saya maksudkan, saya juga syorkan supaya anda pastikan "planner kata kunci" anda juga berhampiran supaya senang di rujuk nanti.



Buat masa sekarang ni, kita mulakan dengan satu kempen sahaja dulu. Tetapi setelah selesai nanti anda boleh adakan beratusan kempen yang boleh dijalankan sekali. Dibawah sesuatu kempen itu anda juga boleh adakan beratusan grup iklan "Ad Group", dan diikuti juga berpuluh puluh lagi katakunci untuk setiap grup dengan beberapa versi iklan. Mungkin anda seperti saya yang suka membuat 3 jenis iklan untuk setiap 'grouping' katakunci, maka buatkanlah sahaja. Penstrukturan akaun Adwords adalah pilihan persendirian, dan sebenarnya tiada satu cara yang lebih baik dari yang lain. Saya kedepankan disini cara yang saya sendiri gunakan tetapi jangan pula hadkan diri dan bebaslah buat pilihan sendiri.

Secara automatiknya Google akan akan memilih carian "broad match". Untuk menukarkan pilihan ini, pergi sahaja ke tajuk "match type" dan buat pilihan. Pilihan yang lain adalah carian "phrase match" dan juga "exact match". Carian "Broad match" memberi pengiklan liputan yang lebih luas bersama trafik laman yang lebih relevan. Iklan carian "Broad Match" akan dijalankan secara automatiknya pada variasi kata kunci yang relevan, walaupun istilah ini tiada didalam senarai kata kunci anda, cara sebegini membantu pengiklan menarik lebih ramai pelawat ke laman web, ia akan membolehkan pengiklan fokuskan perbelanjaan hanya pada kata kunci yang berfungsi. Kuasai pilihan jenis carian di tajuk "match type", jangan lupa apabila selesai nanti kempen ini cuba pula bina satu kempen untuk carian "phrase match" dan juga "exact match" dan kukuhkan lagi data perbandingan anda.

contoh :
Katakanlah katakunci anda ialah "pelan diet karbohidrat rendah" iklan anda akan dipaparkan dengan carian dengan istilah istilah berikut :-
  • makanan berkarbohidrat rendah
  • diet berkarbohidrat rendah
  • resipi berkarbohidrat rendah
  • program pemakanan berkabohidrat rendah

Persedian "broad match" bagus kerana ia boleh bantu pengiklan dapatkan keputusan dan prestasi istilah yang digunakan dengan pantas. Ini bermaksud pengiklan boleh melaraskan bajet ketahap yang lebih rendah dengan cepat mengikut keputusan awal. Masaalahnya pula penggunaan carian istilah "broad match" ini, apabila diberi masa ianya akan menjadi besar dan hampir sukar untuk dipantau setiap hari. Sekiranya anda pengiklan besar dan ada pula pelbagai jenis produk, saya tidak mencadangkan cara ini. Saya cadangkan supaya lebih baik bina kempen yang cenderung terhadap mempromosikan produk, atau mengenalkan brand kerana ia lebih menyenangkan dari segi pengaturan. Fokus sebegini boleh membantu jimatkan masa dan wang dan bantu membawa anda lebih dekat pada matlamat utama anda mengiklan iaitu untuk kedepankan mesej anda pada pelanggan.

Seperkara lagi, pendekatan katakunci adalah penggunaan Single Keywords Ad Group. Maksudnya memilih sasaran yang lebih khusus kepada katakunci anda. Jika anda ada banyak kata kunci proses ini akan mengambil masa yang cukup lama, tetapi sudah pasti akan memberi hasil yang baik.  Untuk menggunakan pilihan ini anda mesti sudah tahu katakkunci yang sesuai untuk anda. Oleh sebab sasaran katakunci itu teramat khusus maka tidak boleh lah anda membuat experimen katakkunci dalam Ad Group ini.

Nanti dipost saya yang seterusnya,  akan saya memberi pandangan kenapa sesetengah pengiklan jaya bila adanya "Singke Keywords Ad Group". Jangan lupa langgan surat berita saya , pastinya saya akan berikan contoh cara penggunaan "Single Kewywords Ad Group" tetapi untuk ketika ini mari kita sentuh pula topik tindak balas "conversion". Pengiklan mesti trek conversion, kerana inilah rahsia jayanya sesuatu kempen adwords. Setiap iklan mesti ada conversion untuk jaya, cara memastikan ini si pengiklan mesti sentiasa tahu status conversion. Ini dilakukan dengan mengikuti setiap pergerakkan iklan, ya semestinyalah pengiklan harus trek aktiviti itu.





Conversion

Untuk persediaan ini pergi ke "Tools" dan Pilih "Conversion" anda akan ke laman seperti di gambar bawah, tekan saja butang +conversion.



Untuk contoh kali ini, pilih "website"


Isikan maklumat yang diminta, beri perhatian pada pengisian nama dan nilai sesuatu conversion itu.


 Simpan dan Teruskan 

Setelah anda mengemaskini maklumat, anda akan diberikan kod. Sila 'copy' kod HTML ini dan letakkannya di laman arahan 'terima kasih" anda, laman dimana pelanggan anda tiba setelah sesuatu pembelian atau pendaftaran dilakukan,




Data ini akan dikumpulkan dan ditengahkan nanti di report adwords anda. Itu sahaja buat masa ini. 

Anda harus berikan masa dan perhatikan iklan anda, secara peribadi, apa apa perubahan pada kempen akan saya buatkan 10 hari selepas keluaran iklan. Data CTR yang saya terima akan memberi halatuju selanjutnya. Keadaan ini bukan standard untuk semua bidang atau jenis perniagaan, Kadang kadang CTR tinggi tetapi tiada conversion. Maka ubah lah elemen elemen dan cuba segalanya. Sebagai perbandingan cuba usahakan iklan hingga prestasi CTR 8% , ini adalah prestasi ideal bagi kebanyakkan pengiklan adwords.

Jangan lupa membuat iklan yang kedua dan yang seterusnya, juga mula buat AdGrup anda, Cuma pastikan setelah mendapat data mentah, teruskan pemantauan anda akan tahu iklan dan jenis kata kunci yang 'bergerak' baik dan yang tidak. Jangan takut untuk hentikan iklan yang mana kata kunci nya tidak berhasil. Gunakan terus bajet yang tinggal untuk iklankan yang lain pula dengan kata kunci yang jaya. Beginilah tiap tiap hari kerja pemantauan, jangan lupa perhatikan report conversion, supaya anda selalu tahu status anda. Ingat tiada conversion tiada gunanya! sentiasa ubah dan perbetulkan strategi hingga jaya, sehingga anda dapat konversion.



Bonus
Penerangan kegunaan, jika anda masih bergelut dengan cara terbaik penggunaan Adwords. Muat turun sahaja E-Book dibawah. Jika anda perlukan Templat Kempen PPC serta Ceklist PPC , hantar saja emel pada saya , dan saya akan hantarkan nya dengan segera supaya anda juga boleh gunakan terus untuk kempen kempen anda yang akan datang.





This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Langkah langkah jayakan iklan di Google

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×