Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Facebook Membelakangi Aplikasi Penderma Darah

Facebook dan anda berkuasa menyelamatkan nyawa, muat turun aplikasi Penderma Darah

Menurut artikel di Tech Crunch, Facebook kini membelakangi Aplikasi Derma Darah di India. Facebook telah membantu 'viralkan' aplikasi yang dibina untuk memastikan kesenangan bagi mereka yang memerlukannya.

Masaalah nya sama merata dunia, walaupun terdapat ramai yang berminat untuk Derma Darah, maklumat untuk menderma darah seperti dimana ataupun bagaimana agak terhad. Tempat tempat yang dikhaskan juga tidak di beri perhatian penuh. Facebook agak prihatin dengan permintaan penggunanya di India lalu memulakan proses dimana maklumat penting bagi mereka yang ingin menderma diedarkan di 'feed' pengguna India, Facebook juga mengingatkan dan memberi kesedaran pengguna mereka di sana atas kepentingan untuk menderma darah.

Initiatif kerajaan India diwar warkan sepenuh nya oleh Facebook dan ianya sesuatu yang boleh di laksanakan sama di negara Malaysia kita. Jika ianya dilaksanakan sama disini, maka pengguna aplikasi boleh memilih jenis darah, tempat ianya diperlukan, sedikit latar belakang dan maklumat diri mereka yang memerlukan darah anda. Aplikasi ini juga memberi notifikasi pada si penderma berdaftar pilihan untuk memaklumkan minat menderma melalui Whatsapp, Messenger maupun talipon. 

Setelah membuat sedikit pencarian, aplikasi yang kini terdapat di Malaysia dengan initiatif kerajaan Malaysia sendiri adalah aplikasi 'My Blood' yang boleh di muat turunkan dengan segera di Play Store. Saya juga mendapati bahawa di Facebook pula terdapat beberapa 'Facebook Page' yang membolehkan penderma dan juga penerima mendapat maklumat maklumat Derma Darah. Antara yang banyak penggemarnya adalah laman Facebook berikut : 

Malaysia Blood Donors.Org 
Blood Donation Campaign  dan Grup Facebook pula, lama yang paling popular adalah Blood Donation In Malaysia  . Dari pandangan kasar, Grup Facebook ini agak yang paling aktif dan mengeluarkan maklumat terkini mengenai kempen derma darah di Malaysia. Bukankah senang kiranya sesuatu aplikasi seperti yang dicadangkan Leow Aik Peng  pada tahun 2013 ini diadakan untuk kegunaan semua? Sekiranya anda ketahui lebih lanjut atas perkembangan aplikasi ini, mohon war warkan di tempat ulasan untuk pengetahuan semua yang membaca.

Saya juga mengikuti perkembangan Sedarah Malaysia  (Pertubuhan Penderma Darah Malaysia) dimana maklumat terkini untuk kempen kempen derma darah dipaparkan. Bagi mereka yang berminat untuk daftarkan diri sebagai ahli Sedarah Malaysia boleh terus isikan maklumat disini. 

Cara Menderma Darah Malaysia

Bagi anda yang ingin menderma darah,  pergilah ke Pusat Darah Kebangsaan (NPD) di Kuala Lumpur dan ke bank darah di hospital kerajaan yang terpilih seperti ditunjukkan dalam gambar dibawah ini.


sumber gambar : PDN

Jika anda berada di kawasan Lembah Klang anda juga boleh menuju ke Pusat Darah Negara, di Mid Valley Megamall. Jangan lupa semak tarikh dan maklumat terkini kempen Derma Darah Kebangsaan disini  iaitu laman facebook Kementerian Kesihatan , dan sini laman Facebook Red Cresent Malaysia. 

Artikel penulisan Tang Ruxyn memberi pembaca maklumat terperinci cara untuk menderma darah di Malaysia. Dapatkan artikel beliau disini.



  


This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Facebook Membelakangi Aplikasi Penderma Darah

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×