Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Meningkatkan Kesedaran Konservasi Dengan Teater AIR : Sebuah Muzikal

AIR ialah satunya Muzikal. Sang Harimau memanggil haiwan belantara untuk bermesyuarat tentang tindakan manusia menebang dan menggondol pokok hutan yang membawa kepada pencemaran sungai. Kesemua 7 haiwan bersama  mengesahkan kesucian Ibu Bumi. Muzikal ini interaktif. Penonton dijemput untuk menyanyi dan menari bersama!



AIR: Sebuah Muzikal ialah gandingan bahu antara penulis drama/pengarah Chin San Sooi dengan gabungan muzik oleh Joanne Poh dari Somerset Music. Penonton tentu tidak sabar berinteraktif selama pertunjukan 60 minit dalam satu pengalaman yang sukar dilupakan bersama para pelakon muzikal ini.

San Sooi berkata pada pelancaran media rasmi AIR di Warong Old China di Kuala Lumpur: “Saya terfikir untuk menulis drama mengenai topik konservasi apabila saya membaca tentang penggondolan hutan yang berlaku di Taman Negara di Pahang bertahun-tahun yang lalu. Hanya setakat sekarang saya dapat menjayakan karya semacam ini.

 (barisan depan) komposer muzik Joanne Poh dan penulis drama/pengarah Chin San Sooi, dikelilingi oleh beberapa barisan pelakon (belakang, dari kiri): Ricky Kee (Gajah), Hilda Looi (Gajah), pereka Khang Nanyao, dan pelakon termuda Kirsten Wong (Monyet)


Apabila lockdown covid bermula, San Sooi menghabiskan empat bulan yang berikut secara amat produktif, dengan hasil titik peluhnya menyiapkan 8 skrip: 2 satira, 3 muzikal, 2 monolog dan satu operetta.

Dan begitulah cerita bagaimana AIR: Sebuah Musikal mengalir menemui penonton Malaysia dalam persekitaran pasca covid ini. Antara barisan pelakon yang terlibat dalam persembahan teater ini nanti seperti Ivan Liew sebagai waktak Kancil, Kevin Wong sebagai Harimau, Hilda Looi sebagai watak Gajah 1 dan Ricky Kee sebagai watak Gajah 2. Turut sama dalam persembahan ini adalah Kirsten Wong memegang watak Monyet 1, Tan Xin Ni sebagai watak Monyet 2 dan Alain Boey sebagai watak Babi Hutan.



San Sooi berkata: “Sebuah muzikal adalah lebih sukar untuk direalisasikan kerana ia amat mencabar untuk mengarang susunan muzik kepada lirik yang ditulis oleh orang lain.

Saya mendekati Joanne untuk tujuan ini. Joanne sendiri adalah seorang guru menyanyi dan mengajar piano, aktif mengendalikan sekolah muzik dan biasa menyanyi dalam koir dan membuat persembahan pentas. Saya memberinya masa setahun untuk menghasilkan muzik tersebut. Saya gembira kerana beliau berjaya menyahut cabaran bersama dengan 3 pemuzik kami.



Barisan pemuzik yang juga turut memeriahkan dan menjadikan ia lebih muzikal melibatkan barisan musician hebat seperti Loh Khang Zheng bermaian Guitar, Alyson Seah bermain Drum dan juga Ng You Qi yang bermain instrument Piano/Keyboards.

AIR adalah usaha gabungan kami dalam satu aksi kreativiti bersama barisan pelakon. Yang paling tua ialah Hilda Looi yang berusia 61 tahun dan yang bongsu sekali ialah Kirsten Wong, 13, yang masih bersekolah.

Bersama-sama dengan pereka Khang Nanyao, kami telah mencipta satu  pentas muzikal dengan pelakon watak yang berbeza melalui pemakaian  topi yang dicipta khas untuk Sang Kancil, Harimau, Gajah, Monyet dan Babi Hutan!



Dalam cara yang kecil tetapi penting, kami berharap AIR: Sebuah Musikal akan mempertingkatkan kesedaran orang ramai tentang alam sekitar dan menghormati kepentingannya dengan lebih prihatin. Kami rasa muzikal ini boleh membawa kepada isu yang lebih besar seperti pemuliharaan laut dan lautan,” kata San Sooi.

Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM) teruja dengan muzikal ini yang menonjolkan kesedaran yang semakin meningkat di Malaysia dan di seluruh dunia tentang Perlindungan Alam Sekitar, dan berbesar hati untuk menyokong kesedaran ini dalam bentuk kreatif.



Muzikal ini turut disokong dengan bangga oleh Warong Old China, GTM Art and Stationery Suppliers, Yudimama dan Little Heritage House.

Muzikal ini  membuka tirai pada Rabu 21 Sept dengan pertunjukan setiap hari sehingga Ahad 25 Sept 2022 di DPAC, Petaling Jaya.

Slot Persembahan: 

21hb September 2022 (Rabu), 8.30 malam
22hb September 2022 (Khamis), 8.30 malam
23hb September 2022 (Jumaat), 8.30 malam
24hb September 2022 (Sabtu), 8.30 malam
25hb September 2022 (Ahad), 3.00 petang

Durasi persembahan : 60 minit

Harga Tiket:
RM48.00 (Biasa)
RM38.00 (Konsesi - Pelajar/Warga Emas/OKU)
Had Umur: 5 tahun ke atas sahaja

Pejabat Jualan Tiket:
H-01, DPAC, Empire Damansara,
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel : 03-4065 0001, 4065 0002
Laman web : http://www.dpac.com.my/page/ticket/bookTicket/view/1132.html









This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Meningkatkan Kesedaran Konservasi Dengan Teater AIR : Sebuah Muzikal

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×