Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Aplikasi GrabFood Dan 13 Restoran Mempromosikan 'U.S. Fries Bonanza 2021'

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian juga. Sekarang ni kita bagaikan berada dipertengahan kancah peperangan bukan dengan senjata tapi peperangan melawan musuh yang tidak dapat dilihat. Itu lagi susah dan lagi payah untuk ditentang, tapi hanya dengan duduk rumah dan 'lockdown' kendiri adalah penamatnya. Dalam masa beberapa hari lagi kita harus harungi semua ini. Bunyi macam serius jer Maha ni kan tapi itu yang kita kena buat.



Kalau nak nikmati makanan yang sedap-sedap kat restoran mahal ker boleh tapi dengan Buat Tempahan secara dalam talian dan biar penghantar yang akan menghantar makanan kepada kita. Maha sendiri pun duduk rumah lama-lama ni tak dapat tahan nafsu nak makan makanan kegemaran macam makanan western dan lain-lain jugalah. Sekarang ni untungnya tengah ada promosi 'U.S Fries Bonanza 2021' yang telah bermula dari 1 Jun hingga 30 Jun 2021 ni. Masih sempat nak buat tempahan ni.



Korang boleh pilih antara 13 restoran yang terlibat dalam promosi ini dengan kerjasama dalam aplikasi Grab Food. Mana nak tahu senarai 13 restoran yang terlibat ini. Maha akan kongsikan pada korang senarai itu atau korang boleh tengok sendiri di aplikasi Grab Food. 



Cara tempahan dalam aplikasi Grab Food mudah sahaja:
1. Buka Aplikasi Grab Food korang
2. Cari Banner U.S. Fries Bonanza seperti di atas & Klik (Korang juga boleh mencari U.S. Potato jika korang tidak dapat melihat Banner Bonanza A.S. Fries)
3. Cari melalui senarai Restoran yang menyerati dan cari U.S Fries mereka di menu
4. Buat pemilihan menu dan pesanan korang 
5. Setelah pembelian dalam talian selesai, tunggu sahaja penghantarannya
6. Nikmati U.S Fries apabila Grab Delivery tiba dengan pembelian korang depan pintu

Itu satu cara kalau korang memang langsung tak nak keluar rumah dan nak lebih senang dan selesa buat tempahan. Ada satu lagi caranya adalah dengan buat pembelian 'Take-away' di mana-mana restoran yang terlibat. Korang boleh pergi sana dan buat tempahan kemudian bawa pulang dan makan dirumah. Itu kalau korang memang kebetulan berada dekat dengan restoran yang terlibat. 




Kalau macam Maha dan buat tempahan dekat dua buah restoran yang terlibat iaitu K Fry dan juga Botanica + Co di Bangsar. Kedua-dua restoran ni Maha buat tempahan melalu aplikasi Grab Food jer senang bayar dalam talian dan tunggu makanan sampai rumah. Maha tempah hari tu kat K Fry adalah Bulgogi U.S. Tater Tots dan Dak Kimchi U.S. Fries. Manakala dekat Restoran Botanica + Co Maha tempah tiga menu iaitu Truffle U.S. Fries, Tom Yum U.S. Fries dan Okonomiyaki U.S. Fries.

Lain-lain senarai restoran yang telibat korang boleh tengok sini mana tahu ada yang dekat dengan rumah korang boleh buat tempahan sekarang juga. 

1. My BurgerLab
● Awesome U.S. Fries



2. Chili’s
● Homestyle U.S. Fries



3. Mikey's Pizza
● Staten Island 2.0 U.S. Fries
● Brooklyn U.S. Fries



4. NY Burger Co
● Cheesy Beef Bacon U.S. Fries
● Cheesy U.S. Fries 




5. Strangers at 47
● Shoestring U.S. Fries with Parmesan Cheese 
● Loaded Cheesy U.S. Fries




6. Botanica + Co
● Truffle U.S. Fries 
● Broken Chili U.S. Fries
● Tom Yum U.S. Fries 
● Okonomiyaki U.S. Fries  




7. Burger On 16
● Cowboys U.S. Fries (Beef) 
● Cowboys U.S. Fries (Chicken/Vegetarian) 
● Pepperoni Cheese U.S. Fries 




8. Carl’s Jr
● Beef Chilli Cheese U.S Fries 
● Crosstrax U.S. Fries 




9. K Fry
● Bulgogi U.S. Tater Tots 
● Dak Kimchi U.S. Fries 




10. KGB
● Texas Jalapeno Cheese U.S Fries 
● Kimchi U.S. Fries 




11. 3 Little Pigs
● Buffalo U.S. Fries 
● Cajun U.S. Fries




12. The Owls Cafe at Happy Mansion
● Waffle U.S. Fries 
● Mentaiko Waffle U.S. Fries




13. Jinjja Chicken
● Tteokbokki U.S. Fries 
● Sesame Seaweed U.S. Fries


Kalau korang tanya kenapa semua Fries dan menu kentang sahaja? Dah nama pun promosi 'U.S. Fries Bonanza 2021' mereka highlight lah menu berkaitan Kentang A.S ni. Lagi pun kentang ini sangat bagus kerana ia ditanam dalam ladang yang sangat terjaga suhu dan tanahnya untuk menghasilkan sebiji kentang yang berkualiti tinggi. Ini kerana di Amerika Syarikat mereka ada piawaian industri yang mesti dipatuhi daripada 'Food and Drug Administration and USDA' sebelum boleh dieksport luar negara.




Selain itu juga Kentang A.S ni ia mengandungi 'pepejal' yang tinggi dan kandungan gula yang rendah sebab itu ia adalah makanan yang sesuai untuk diet. Maha makan ni pun untuk sambil-sambil sahaja duduk lepak kat rumah tonton movie atau buat kerja boleh lah kunyah-kunyah. Tambah korang yang duduk dengan keluarga dan ramai jadi order sahaja mana-mana menu yang tersenarai dan boleh enjoy makan ramai-ramai mesti bestkan. Rindunya nak balik kampung. Ok lah Selamat menjamu selera dan selamat berPKP di rumah ok. 













This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Aplikasi GrabFood Dan 13 Restoran Mempromosikan 'U.S. Fries Bonanza 2021'

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×