Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Puas Hati Hasil Rekaan Sendiri Jadi Realiti Dengan Printcious

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Korang mesti ingatkan yang Maha pernah cerita tentang tempahan untuk Maha buat t-shirt rekaan sendiri dan juga kanvas gambar. Kalau korang tak ingat boleh rujuk posting Maha sebelum ini yang bertajuk 'Luahkan Kreativiti Pada T-shirt Dan Kanvas Anda Di Printcious'.  Hari tu Maha sahaja nak mereka design baru sebab dah lama tak cetak cenderamata macam ni lagi pun memang selalu guna service Printcious ni.



Sebab utama Maha gunakan service mereka kerana ia sangat mudah dan juga sangat menyenangkan kerja Maha untuk melakar karya dan kreativiti sendiri pada apa sahaja bahan yang boleh mereka cetakkan. Sebab semua rekaan tu boleh buat dalam talian sahaja kat laman web Printcious.com. Macam t-shirt istimewa design yang Maha lakarjan semasa sebelum raya disebabkan isu Palestine diserang tu. Jadi malam tu terus dapat idea nak print satu t-shirt istimewa tanda soladariti Maha pada rakyat Palestine yang tertindas.





Tak sampai beberapa minit letak sahaja apa-apa gambar pastu betulkan sikit dan masukkan tulisan siap. Kalau nak cantik gambar-gambar ni korang boleh search sahaja kat Google ada banyaktapi pastikan korang buat bukan untuk ambil keuntungan tapi untuk kegunaan sendiri sahaja. Maha pun print satu sahaja t-shirt untuk jadi kenangan dan juga sokongan pada isu yang sangat panas masa tu. T-shirt ini adalah saiz paling besar 3XL sangat muat dengan saiz Maha dan kain pun lembut. Selain itu juga Maha ada reka khas mask warna putih sokongan untuk rakyat Palestine juga. Kalau ada warna hitam mesti lagi cantikkan. Mask ni guna kain tu boleh dibasuh dan digunakan berkali-kali.



Lepas tu satu lagi yang maha rekakan hari tu adalah kanvas gambar. Yang ini sangat istimewa bagi Maha sebab ia adalah gambar kami sendiri yang diambil distudio milik seorang kawan CVS Production. Ni pun nak sokong perniagaan kawan-kawan jadi kami berempat pergilah bergambar khas sebelum raya kat sana. Hasil gambar studio yang cantik dan sangat mengkagumkan ini Maha abadikan pada cetakan kanvas yang tahan dan juga dibingkai dengan kayu yang kuat. Lepas tu boleh terus sangkut atau letak kat meja sebagai kenang-kenangan. Maha hadiakan cetakan kanvas ini pada kawan-kawan yang ada dalam gambar tu harap mereka sukalah dan gantung gambar tu ok nanti hehehe..




Seronoknya dapat buat hasil karya sendiri memang puas hati tambah pula bila dah sampai siap cetak macam ni memang lagi best. Dihantar pula cepat tak sampai beberapa hari sebelum raya Maha buat design dan buat bayaran. Lepas tu dalam seminggu kot terus sampai. Itu pun lambat sikit sebab ada cuti raya kan jadi boleh lah considerkan. Pulak tu mereka hantar dalam kotak yang kemas dan istimewa ini rasa sangat berhargalah apa yang kita hasilkan ini. 




Hasil yang mereka cetak ini sangat puas hatilah. Kalau korang nak buat koleksi khas macam ni nak jadi kenang-kenagan atau juga nak hadiahkan kepada yang istimewa boleh jer buat kat Printcious. Bukan setakat untuk cetak dalam kuantiti yang sikit malah mereka juga ambil tempahan untuk cetakan yang banyak. Kalau nak buat 'corporate gift' atau juga 'door gift' sangat sesuai lah kat sini harga jadi lebih murah. So tunggu apa lagi boleh lah buka laman web mereka sekarang ada banyak barang boleh di reka dalam tu. Selamat Hari Raya dan Selamat Mendesign dari Mahamahu buat semua hehehehe bye..








This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Puas Hati Hasil Rekaan Sendiri Jadi Realiti Dengan Printcious

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×