Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Burnin’ Pit Menawarkan ‘Ramadan Platter’ Untuk Penghantaran Ke Rumah

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi. Memandangkan kita sekarang tengah Ramadan dalam normal baharu dengan masih lagi PKP terutama di sekitar Lembah Klang. Burnin ’Pit menawarkan ‘Ramadan Platter’ berupa sajian khas Ramadan untuk korang yang ingin berbuka puasa atau merasai semangat Ramadan bersama keluarga atau rakan-rakan dalam suasana tenang di rumah.



‘Ramadan Platter’ ini diilhamkan dari negara Timur Tengah. Ia adalah hidangan sesuai untuk dua orang yang mengandungi 200 Gram Briskit Daging Lembu Salai, 200 gram Shawarma Kaki Kambing Salai dan dua paha Ayam Percik Meletop pada harga RM 95.00. Bagi set empat orang pula ia merangkumi 300 gram Briskit Daging Lembu Salai, 400 gram Shawarma Kaki Kambing Salai, empat paha Ayam Percik Meletop dengan harga RM 180.00.





Sos dan sajian sampingannya disertakan sekali. Korang juga boleh membuat pesanan untuk setengah Ayam Percik Meletop bahagian paha pada harga RM 90.00 dan Nasi Pilaf Lebanon pada harga RM 40.00. (Kesemua harga ini tidak termasuk cukai dan penghantaran). Burnin’ Pit boleh menyediakan set ini mengikut jumlah orang yang akan menikmati setiap hidangan hanya bagi tahu semasa buat tempahan.





Burnin’ Pit mengalu-alukan kehadiran pelanggan di restoran dan juga menyediakan perkhidmatan penghantaran oleh UMAI, dan juga boleh didapati melalui pelbagai penghantaran yang tersedia semasa bulan penuh kemaafan dan renungan ini.

Menyediakan Daging Barbeku Untuk Buka Puasa

Sejak kita di landa wabak Covid ini kita lebih selesa sebenarnya untuk makan dirumah sendiri dengan menikmati hidangan seperti mana di restoran. Sebab itu sekarang mereka sediakan semua hidangan dalam bentuk vakum yang tahan lama dan sampai kepada korang. Walaupun daging pembungkus vakum selalu menjadi sebahagian daripada rancangan pengembangan, Burnin’ Pit melihat waktu ini sebagai peluang keemasan untuk melancarkan perkhidmatan ini dengan segera untuk semua makanan yang dipesan melalui platform bawa pulang dan pelbagai platform penghantarannya sendiri.






Melalui penggunaan pembungkusan plastik tanpa BPA, pencemaran silang dapat dikurangkan dan kesegaran makanan terjamin. Semua hidangan utama dan sajian sampingan yang dipesan perlu dipanaskan sebelum makan. Arahan pemanasan adalah seperti berikut:

1. Didihkan air dalam periuk
2. Angkatkan periuk dari api
3. Masukkan makanan yang di vakum dan tutupkan periuk dengan penutup
4. Tinggalkan selama 10 - 15 minit
5. Keluarkan makanan dari bungkusan plastik dan hidangkan segera








Dengan menggunakan kaedah sous vide, makanan boleh dinikmati pada suhu dan kesegaran yang optimum. Kelebihan lain dengan pembungkusan vakum ini ialah ia memberikan kemudahan, terutama bagi mereka yang ingin memesan seluruh brisket daging lembu, yang merupakan hidangan khas Burnin’ Pit. Jadi makana yang sampai sama seperti mana dihidangkan di restoran dan rasa tetap sedap dan menyelerakan.



Korang tengok lah ni berapa banyak yang Maha order untuk makan dua orang hehehehe. Tamakkan tak baik tau makan kena berpada-pada. Tapi Alhamdulillah semua habis sedap sangat kerana makanan masih kekal segar dan rasa kepanasan lagi semasa ia sampai. Korang nak cuba makanan macam ni boleh lah buat tempahan sekarang.

Alamat Restoran:
Burnin' Pit
No. 24, Jalan 24/70A, 
Desa Sri Hartamas, 
50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi
Setiap hari 10:00am to 10:00pm

Tempahan hubungi atau layari laman media sosial
Facebook : https://www.facebook.com/burninpit 
Instagram : https://www.instagram.com/burninpit 
Tel : +60 13 399 3920
Penghantaran : https://letsumai.com/widget/the-burnin-pit 










This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Burnin’ Pit Menawarkan ‘Ramadan Platter’ Untuk Penghantaran Ke Rumah

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×