Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Walaupun Sambung Dengan 100 Peranti Serentak Tetap Power

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Maha nak tanyalah ok secara jujur rumah siapa yang tiada sambungan internet sekarang ini? Kalau tak ada yang fiber atau yang high speed broadband sekurang-kurangnya ada liputan untuk mobile 4G atau paling busuk 3G. Pergi lah ceruk mana pun sambungan kepada internet ini adalah satu keperluan mendesak bukan lagi sebagai tambahan semata-mata.



Bayangkan kalau kita ada sambungan internet kat rumah dengan melanggan internet yang paling tinggi bandwith dan juga bayaran paling mahal setiap bulan demi nak dapat kepuasan untuk menggunakan internet. Bila masa yang diperlukan untuk digunakan ia membuat ragam sambungan wifi lemah dan juga kadang-kadang terus putus. Lagi rasa tertekan dan juga rasa nak campak jer semua peralatan internet yang dipasang kat rumah tu.

Maha sendiri pernah mengalami masalah ini dimana bila masa perlu untuk menggunakan internet untuk buat kerja penting masa tu lah internet buat hal. Waktu tu lah kalau kita yang dah biasa ini akan restart modem atau juga kita akan on off peralatan internet demi nak dapatkan balik sambungan yang lebih stabil dan juga lebih pantas. Tambah geram bila hubungi operator pembekal internet nak minta penyelesaian mereka akan suruh buat perkara yang sama juga.



Ok ingat pertama bila sambungan internet perlahan dirumah anda bukan faktor syarikat pembekal internet tu yang bermasalah. Korang kena ingat bahawa faktor paling utama kena lihat adalah masalah peranti pembekal wifi yang digunakan tidak sampai pada tahap maksima yang kita kehendaki. Maksud Maha adalah peralatan wifi dirumah kita tidak berkualiti bagus untuk kegunaan kita yang maksima. Kalau kat rumah ada dalam 10 peranti bila sambung sekali serentak terus wifi jadi lemah.

Selesai Segala Masalah Internet Di Rumah


Maha bukan nak tunjuk pandai semua ini tau tapi Maha sebenarnya pun dapat semua ilmu tentang nak ketahui masalah wifi ini dengan En Mazlan dari Power Link Transmission Malaysia Sdn. Bhd. (PLT). Atas nasihat dan juga tunjuk ajar beliau dapatlah Maha mengetahui apa masalah sebenar internet kat rumah. Rupanya peranti wifi sahaja. Selepas beliau buat demonstrasi pasang satu peralatan untuk menggantikan peranti wifi yang ada sekarang ini memang sangat menakjubkan.



Sekali beliau minta Maha sambung dengan wifi yang baru tu terkejut dapat kualiti isyarat yang lebih baik. Boleh lihat kelancaran yang lebih baik untuk aplikasi dan peranti tak kisah menggunakan telefon atau juga laptop. Korang boleh tengok hasil daripada Speed Test yang Maha buat sebelum dan selepas pasang. Sangat jauh berbeza figure kat situ jadi sangat terujalah. 

Nak buktikan lagi ia bukan satu dongengan malah ia kenyataan Maha apa lagi cuba lah untuk buat persidangan video online menggunakan WhatsApp video call. Tengok video yang keluar langsung tiada gangguan dan juga tiada lagging daripada segi suaran dengan video lancar sahaja. Kalau anak korang yang ada bermain online game macam Mobile Lagend, PUBG Mobile, Clash of Clans dan banyak lagi memang sesuai sangat dengan kelajuan dan wifi yang stabil macam ni.



Lagi syoknya adalah kalau korang sambung wifi kat rumah sehingga 100 peranti dalam satu-satu masa sekali pun ia tidak mengganggu isyarat wifi yang diberikan tetap lancar dan telus. Selepas buat demo tu juga En Mazlan berkata pengguna akan kurang melakukan reboot atau restart modem wifi untuk dapat sambungan internet yang bagus. Lagi buat kita kurang tekanan dan juga tidak mengganggu kerja. 

Siapa Power Link Transmission Malaysia Sdn Bhd?


Power Link Transmission Malaysia Sdn Bhd atau PLT adalah pembekal kepada peranti wifi yang dapat menyelesaikan masalah sambungan internet yang perlahan di rumah atau juga pejabat korang. Mereka ini mempunyai kepakaran dalam bukan sahaja membekal tapi juga memberi pengetahuan serta ilmu berguna pada kita agar tak salah terima info tentang wifi ini. Korang boleh bertanya apa sahaja masalah internet dirumah korang pada mereka dan pasti ia akan memberi jawapan yang sangat meyakinkan.

En Mazlan dari Power Link Transmission Malaysia Sdn. Bhd.


Mereka menyediakan khidmat untuk mendiagnosis jalur lebar di rumah korang untuk melihat apa sebenar masalah internet yang korang selalu hadapi. Kemudian mereka juga membuat sesi Demonstrasi untuk menggunakan peranti yang sebenar bagi mendapatkan isyarat wifi yang terbaik dan berkualiti. Semua sesi ini mereka lakukan secara PERCUMA sahaja dirumah korang itu yang bestnya.

Mereka memastikan kepuasan kita sebagai pengguna internet agar masalah yang selama ini membelengu pengguna internet di Malaysia dapat di atasi. Ini secara langsung dapat melancarkan urusan pekerjaan kita dan juga dapat mengurangkan masalah terkanan kerana sambungan internet yang perlahan.


Jadi adakah ini yang korang mahukan untuk mengatasi masalah wifi dirumah korang. Jangan terus garu kepala untuk masalah bertindak sekarang juga. Boleh hubungi PLT atau En Mazlan terus dan mereka akan datang kerumah korang. Tapi buat masa ini mereka hanya cover meliputi kawasan Lembah Klang sahaja dahulu. Boleh hubungi melalui no tel atau juga laman web mereka. Booking sesi demo percuma korang.

Pertanyaan dan juga temujanji sesi demonstrasi hubungi :
No Tel : 019-2307867 (Mazlan)
Laman web : http://www.plt.com.my
WhatsApp : https://wa.me/60192307867










This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Walaupun Sambung Dengan 100 Peranti Serentak Tetap Power

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×